Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Penggabungan Scoot dan Tigerair Di Bawah Jenama Scoot

Ada berita baik untuk semua yang selalu travel menggunakan pesawat di sekitar Asia. Penggabungan Scoot dan Tigerair Di Bawah Jenama Scoot Mulai 25 Julai 2017. Ia satu penggabungan yang akan memberikan pakej penerbangan yang lebih kompetitif kepada semua pelangga.

Menurut pengalaman menaiki penerbangan menarik dan inovatif yang ditawarkan oleh Scoot, syarikat penerbangan kos rendah terbaik Asia/Pasifik. Operasi mereka kini bakal diperluaskan lagi dan ditambah baik mulai 25 Julai 2017. Scoot dan Tigerair dijangka menyempurnakan penggabungan entiti mereka dan mengendalikan semua penerbangan di bawah jenama Scoot, tertakluk kepada kelulusan kawal selia akhir.

Penggabungan Scoot dan Tigerair Di Bawah Jenama Scoot

Penggabungan Scoot dan Tigerair

 

Dengan proses penggabungan ini, kedua-dua syarikat penerbangan tersebut akan mula beroperasi di bawah lesen am atau Sijil Pengendali Udara yang sama. Justeru, kod tanda penerbangan bagi Scoot akan ditukar daripada TZ buat masa ini kepada TR, kod yang kini diguna pakai oleh penerbangan Tigerair. Semua jadual penerbangan kekal tidak berubah.

Seterusnya, laman web Scoot, www.flyscoot.com, akan menjadi platform tempahan tunggal bagi semua penerbangan yang kini dikendalikan oleh Scoot dan Tigerair, manakala Pusat Panggilan Scoot akan menerima tempahan daripada kedua-dua syarikat penerbangan melalui talian +60 32 630 8976. Kaunter pendaftaran sedia ada Scoot-Tigerair juga akan menggunakan satu jenama Scoot. Di samping itu, tetamu boleh menantikan penampilan serba baharu daripada kru penerbangan Scoot yang mesra, yang juga dikenali sebagai Scootees, dengan pakaian seragam yang baharu dilancarkan untuk meraikan lembaran baru dalam Sejarah Scoot.

Perkembangan terbaru ini akan menyempurnakan proses penggabungan Scoot dan Tigerair sejak Mei 2016, apabila kedua-duanya akan berada di bawah naungan syarikat pegangan yang sama, Budget Aviation Holdings.

En. Lee Lik Hsin, Ketua Pegawai Eksekutif Budget Aviation Holdings, berkata, “Jenama Scoot, terkenal dengan sentuhan bersahaja dan menyeronokkan dan juga produk inovatif yang memang diminati oleh pengembara di seluruh dunia. Kami berusaha untuk mengembangkan lagi jenama kami dan menawarkan pengalaman perjalanan lancar kepada pelanggan di seluruh rangkaian Scoot yang semakin luas dengan selesainya penggabungan kami untuk menjadi sebuah syarikat penerbangan tunggal.”  

 

Penggabungan Scoot dan Tigerair

Penggabungan Scoot dan Tigerair

Angkatan pesawat bersepadu Scoot terdiri daripada Boeing 787 Dreamliner dan rangkaian Airbus A320. Buat masa ini, destinasi seperti Bangkok, Guangzhou, Hong Kong and Taipei akan terus dikendalikan menggunakan kedua-dua pesawat B787 dan A320. Jenis pesawat yang digunakan bagi setiap penerbangan akan dinyatakan dalam pemilihan penerbangan dalam talian dan proses tempahan. Sebagai sebahagian daripada penggabungan, pesawat rangkaian Airbus A320 yang kini dikendalikan oleh Tigerair juga akan bertukar wajah untuk memaparkan corak warna pesawat Scoot, dengan nama Scoot dan jalur kuning terang yang menjadi tanda pengenalannya. Kerja mengecat semula akan dilakukan secara berperingkat dan dijangka selesai menjelang pertengahan 2018.

Semua pelanggan Scoot dan Tigerair dengan tempahan penerbangan sedia ada yang dijadualkan pada 25 Julai atau selanjutnya akan dihubungi menerusi e-mel antara 15 Jun hingga 23 Julai. Pelanggan Scoot yang sedia ada juga akan diberikan jadual penerbangan terkini yang memaparkan perubahan kod tanda penerbangan daripada TZ kepada TR. Pelanggan juga boleh mula membeli dan menguruskan tempahan penerbangan Scoot dan Tigerair menerusi laman web Scoot, www.flyscoot.com atau melalui pusat hubungan Scoot di +60 32 630 8976.

Untuk maklumat lanjut mengenai penggabungan ini, pelanggan boleh melayari www.flyscoot.com/brandmerger. Hari tu MrJocko ada kongsi berita tentang Scoot Airlines di sini http://www.mrjocko.com/2017/05/scoot-airlines-boeing-787-8.html

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.