Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Penggambaran Jalan-Jalan Cari Makan Di M2Cafe Danau Kota

Semalam, Jumaat 20 Februari 2014, rakan Blooggers Dot Com menerima jemputan khas dari owner Restoran M2Cafe Steamboat Danau Kota. Menu-menu di lokasi restoran ini pernah kami review sebelum ini. Memang sedap, murah dan berbaloi, sebab itu kami teruja untuk ke sini lagi.
Kali ini, rakan Blooggers sama-sama memeriahkan Restoran M2Cafe Steamboat dan penggambaran rancangan Jalan-jalan Cari Makam (JJCM). Tidak lupa, kehadiran Man Raja Lawak dan Elly Raja Lawak turut memeriahkan suasana.
Jalan jalan Cari Makan M2Cafe
Jalan jalan Cari Makan M2Cafe
Jalan jalan Cari Makan M2Cafe

Ternyata ramai pelanggan di M2Cafe mengambil kesempatan untuk menegur dan bergambar dengan Man Raja Lawak. Majlis pun agak meriah dengan kehadiran kami semua. Tambah-tambah si Man Raja Lawak yang selamba buat orang ketawa.
Terima kasih kepada owner Restoran M2 Cafe iaitu En Azhar dan juga Cikgu Fizi yang jemput kami rakan-rakan Blooggers. Menu M2 Cafe memang sedap, sebab itu ia menjadi pilihan pelanggan dan peminat steamboat. Cuma sekitar RM30 sahaja untuk dewasa dan anda akan dapat merasai menu sotong, ketam, udang, ayam, ikan, daging, daging dan ayam bakar dan banyak lagi. Memang berbaloi… Anda kena rasa sendiri…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.