Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengganti Spiderman ialah Frogman

Yeay!!! Rasanya ramai peminat filem Spider-Man menunggu filem terbaru adiwira ini. Tak kira yang muda atau yang tua, pasti tak sabar nak menonton filem terbaru Spider-Man, kan???
Filem terbaru Spider-Man ini yang di berikan tajuk The Amazing Spider-Man bakal menemui penonton seluruh dunia pada 5 Julai 2012. Tak lama lagi tu, so, dah mula boleh ready untuk book tayangan perdana untuk filem tersebut.
MrJocko terfikir jugak, kalau la diberi peluang untuk jadi Adiwira Superhero, agak-agak haiwan apa yang MrJocko nak pilih selain Labah-labah? Errrmmm,,, apa kata MrJocko jadi Katak. Ya, adiwira yang berdasarkan power dan kekuasaan Katak.
Kenapa MrJocko pilih Katak??? Tahu tak korang ada sejenis katak yang di beri nama ‘Dart Frog’ yang sangat berbisa. Setiap seekor Katak jenis Dart Frog punyai bisa yang boleh membunuh 20 orang dewasa. Wow!!! Hebat tu. Tambah pula dengan skill katak yang boleh menangkap serangga menggunakan lidah dengan cepat, skill kembang kan badan untuk pertahanan diri, serta boleh memanjat permukaan menegak dengan baik.
Bayangkan segala kelebihan dan skill yang ada pada Katak ‘Dart Frog’ itu pada seorang Adiwira, beliau pastinya boleh berdepan dengan musuh-musuh dengan senang. Adiwira Dart ‘Frogman’ pasti akan menjadi Adiwira pujaan ramai.

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.