Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Penginapan Kami Di Dolphin Retreat Bunbury Western Australia

Selama MrJocko di Western Australia, kami sempat singgah untuk menginap di penginapan Dorm di Bunbury. MrJocko buat tempahan di Dolphin Retreat Bunbury melalui online dan membayar sebanyak lebih kurang RM280 untuk pakej bermalam 2 hari 1 malam dengan 2 katil bertingkat yang boleh memuatkan 5 orang. Nampaknya penginapan kami di Dolphin Retreat Bunbury ini adalah penginapan paling asas berkonsepkan dorm atau backpakers.

Ini memang pengalaman baru kami sekeluarga dan jarang kami lakukan. Anak-anak MrJocko, Khalish dan Qistina memang agak teruja, walaupun ia bukan hotel bertaraf 5 bintang sebab boleh tidur di atas katil bertingkat. Biasa lah budak-budak.

 


Hotel Review Penginapan Bajet Di Dolphin Retreat Bunbury

dolphin retreat bunbury

Short info about this Dolphin Retreat Bunbury

A simple, bungalow-style hostel is a 4-minute walk from the beach at Wyalup-Rocky Point, a 10-minute walk from Bunbury’s city centre and 2 km from Dolphin Discovery Centre. 

The no-frills rooms and dorms feature air-conditioning and shared bathrooms; most have bunk beds, and some add desks.

Freebies consist of breakfast, parking, and bike and boogie board rentals. Additional amenities include a communal kitchen with a dining area, plus a laid-back lounge with a TV, a DVD player and a library. There are also Internet kiosks and coin-operated laundry facilities, as well as a BBQ area, a game room and a pool table.

review dolphin retreat bunbury review dolphin retreat bunbury review dolphin retreat bunbury

Bilik kami disediakan tuala secukupnya dengan kemudahan katil dan tilam yang boleh memuatkan 5 orang dewasa. Ada 2 katil bertingkat dan ia memang selesa. Di atas meja disediakan 5 set pinggan mangkuk yang diletakkan dalam plastik dan ia boleh anda gunakan di dalam bilik atau diruang dapur yang disediakan.

Memandangkan kami sekeluarga membawa pinggan mangkuk sendiri, ia lebih memudahkan kami dan tak perlu nak guna pinggan mangkuk mereka. Untuk menu makan malam pula, Wife MrJocko panaskan nasi beriyani segera dan juga Mamee Chef menggunakan microwave dan air panas sahaja. Alhamdulillah, dengan tambahan susu segar dan buahan, kami memang kenyang makan malam di Doplhin Retreat Bunbury.

bunbury dolphin retreat 08 review dolphin retreat bunbury

bunbury dolphin retreat 10 bunbury dolphin retreat 11 Selama MrJocko di Western Australia, kami sempat singgah untuk menginap di penginapan Dorm di Bunbury. MrJocko buat tempahan di Dolphin Retreat Bunbury mela

Untuk anda yang menginap di Dolphin Retreat Bunbury ini, jika anda memandu, boleh park kereta di dalam parkir mereka. Ia percuma. Dibuka seawal jam 7.00 am dan ditutup pada jam 8.00 pm. Kalau parking di luar, akan dikenakan charge parkir yang agak mahal. Kalau nasib tidak baik, mungkin di saman.

Dengan harga RM280 untuk dorm sebegini sebenarnya biasa sahaja dan ia tidak berbaloi untuk keluarga. Jika datang dengan rakan-rakan, ia mungkin lokasi menarik. Kalau keluarga bawa anak-anak kecil, hotel lain mungkin pilihan yang lebih baik. Dalam bilik tiada TV dan tidak punyai toilet. Anda kena berkongsi di bilik air terbuka dan juga berkongsi dapur.

Mungkin lepas ini, kalau ke Bunbury, kami nak cuba hotel lain.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.