Site icon Travel Blogger Malaysia

Pengunjung Ke 1 Juta Menara Kuala Lumpur Tahun 2019

Selama anda mendengar nama Menara Kuala Lumpur, sudah berapa kali agaknya anda singgah di lokasi popular di Kuala Lumpur ini? Kalau belum apa kata buat rancangan untuk ke sini, sebab mana tahu anda juga bertuah sebagai salah seorang pemenang di Menara Kuala Lumpur. Sebagai contoh, lihat kegembiraan keluarga ini setelah dipilih sebagai Pengunjung Ke 1 Juta Menara Kuala Lumpur Tahun 2019.

Tahniah buat Encik Mohamad Hakimi Bin Man kerana terpilih sebagai pengunjung bertuah ke Menara Kuala Lumpur pada tahun 2019. Beliau telah memenangi hadiah berjumlah lebih dari RM20,000 termasuk 2 Tiket Pergi Balik & Ground Arrangement oleh Turkish Airlines dan Menara Kuala Lumpur (KL Tower Official). Di samping itu, beliau juga turut menerima hadiah iringan daripada penaja-penaja bersama di majlis yang diadakah di kaki Menara Kuala Lumpur.

Baca : MrJocko dan Pengalaman di Menara Kuala Lumpur

 


Siapa Pengunjung Ke 1 Juta KL Tower Tahun 2019

Pengunjung Ke 1 Juta Menara Kuala Lumpur 2019 2 copy
 

Mengikut kiraan dan jangkaan pihak Menara Kuala Lumpur, mereka akan menerima pengunjung ke 1 Juta Menara Kuala Lumpur sekitar jam 12.00 tengahari pada 10 Disember 2019. Ia adalah lebih awal dari kiraan tahun lepas iaitu pada 21 Disember 2018.

Setelah menunggu sekitar 15 minit, akhirnya secara rasmi Pengunjung Ke 1 Juta Menara Kuala Lumpur dinobatkan kepada Encik Mohammad Hakimi Man dari Miri, Sarawak.
 


 

Kegembiraan jelas kelihatan diraut wajah kegembiraan ini. Dua Tiket Pergi dan Balik dengan Pakej Ground Arrangement ke Turki sudah cukup buat mereka tersenyum. Bertuah dan memang berbaloi sekali lawatan mereka kali ini ke KL Tower.

Oh ya! Sempena dengan kedatangan Tahun Baru 2020 dan Tahun Melawat Malaysia 2020, pihak Pengurusan Menara Kuala Lumpur mengajak semua rakyat Malaysia dan sesiapa sahaja untuk menyambut Tahun Baru 2020 di persiaran Menara Kuala Lumpur. Kemasukkan adalah percuma dan banyak aktiviti menarik akan disediakan.

Menjelang Visit Malaysia 2020 Tahun Melawat Malaysia 2020, ada banyak promosi dan aktiviti menarik yang bakal dianjurkan oleh pihak Menara Kuala Lumpur. Dapatkan informasi lengkap di laman website Menara KL dan Facebook KL Tower.

#MenaraKualaLumpur #KLTower #1MillionVisitor2019 #TurkishAirlines #TravelBlogger #LifeAsMrJocko

Exit mobile version