Peninju Negara Kena Belasah
|
Kesian pulak aku dengar berita pasal salah seorang peninju malaysia ni kena belasah. Kalau sorang sama sorang ok la, ni kena belasah ramai-ramai. Kalau cam ni, Hulk Hogan pun boleh kalah, Muhammad Ali pun boleh tumbang.
Petinju negara yang pernah menghadiahkan pingat emas kepada Malaysia pada Sukan SEA Laos 2009, Muhamad Farkhan Mohd. Haron, 24, mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dipercayai akibat dipukul sekumpulan lelaki awal pagi ini.
Atlet kelahiran Johor yang turut dicalonkan sebagai Olahragawan Kebangsaan bagi Anugerah Sukan Negara Majlis Sukan Negara (MSN) 2011 baru-baru ini, kini dirawat di bilik kecemasan di sebuah hospital swasta.

Difahamkan, kejadian yang menimpa Muhamad Farkhan itu berlaku kira-kira pukul 5 pagi sebelum dia dimasukkan ke hospital tersebut pukul 9 pagi.
Dia dikatakan diserang sekumpulan lelaki selepas menonton perlawanan akhir Piala FA antara Chelsea vs Liverpool.
Dia dikatakan diserang sekumpulan lelaki selepas menonton perlawanan akhir Piala FA antara Chelsea vs Liverpool.
Ke ni gaduh pasal sokong bola???
MrJocko.com