Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Penting Menjaga Aib Kawan Dan Saudara Sendiri

Dalam zaman moden dan canggih kini, cara kita berinteraksi dan berhubung sesama saudara dan kawan-kawan sudah jauh berubah. Kalau dulu, kita berhubung melalui perjumpaan atau telefon, kini, banyak masa kita habiskan dengan berinteraksi samada di laman sosial, sepertio Facebook, Twitter, Whatsapp atau aplikasi lain.
Maka kalau sudah melibatkan laman sosial yang terlalu terbuka, ia sudah jadi terlalu terbuka dan dibaca oleh ramai pembaca serta kawan-kawan lain. Seeloknya, kita sebagai kawan, menahan diri dan menjaga tutur kata serta tidak membuka aib kawan atau saudara sendiri di laman sosial terbuka seperti Facebook, Twitter, Whatsapp atau aplikasi seumpamanya.
Pernah MrJocko membaca satu pandangan bahawa, jika sekiranya seorang kawan itu menegur atau menasihati kawan yang lain, secara terbuka di laman sosial contohnya, atau di hadapan kenalan yang ramai, ia mungkin bertujuan memalukan rakan yang ditegur itu. Tetapi, jika beliau menegur atau menasihati rakan tersebut secara diam-diam, dia betul-betul ikhlas mahu menegur sebagai kawan yang sejati.
Fikir-fikirkan, kawan dan saudara kita juga adalah antara harta yang tidak ternilai bagi kita. Jangan rosakkan pertalian kawan dan saudara yang sudah terjalin. 🙂

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.