Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Penting Sangat Ke Ranking Alexa Untuk Blogger

Kalau anda seorang blogger, sudah pastinya antara topik yang paling hangat diperkatakan ialah ranking blog anda di kalangan blogger lain mengikut kiraan Alexa samada ranking Global atau Ranking di Malaysia. Penting sangat ke ranking Alexa untuk seorang blogger??? 

Kalau tanya MrJocko, of course la penting. Secara kasar, ia mengukur prestasi blog anda setiap hari mengikut kriteria Alexa samada dari segi penerimaan UV, Bounce Rate, Page Views, Keywords dan macam-macam lagi. Semua blogger impikan blog atau web diorang berada di Top Ten Blog Terbaik Malaysia, tetapi, ia memang bukan mudah.

Penting kerana ia ibarat memberitahu pembaca dan juga Advertiser khususnya yang Blog kita ada punyai ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri. Ada kualiti dan punya sebab-sebab yang bagus untuk pembaca lain singgah ke blog kita. Ibarat bila kita menduduki ‘exam’, selepas result, kita dapat No. 1 dalam kelas. Kita antara yang paling bagus. Ia jauh lebih baik dari dapat no. 30 di dalam kelas yang sama…

Pembaca mungkin tak kisah ranking blog, tetapi advertiser mesti mencari blog yang punyai ranking terbaik untuk mereka bagi job atau letak iklan. Bila ada iklan di blog, bermaksud masyukkkkk $$$ :).

 

Tahun lepas sekitar bulan Oktober 2012, Blog MrJocko cecah ranking terbaik setakat hari tu iaitu, 5,739 dan ia merupakan satu pengalaman terbaik. Hasil dari pembelajaran, upgrade layout, sertai event Nuffnang, tulis cerita sendiri bukan copy paste, konsisten menulis, maka hari ini tak sangka Ranking Alexa Blog MrJocko sudah cecah 1,160.

Akan teruskan usaha untuk amalkan salah satu TIPS NAIKKAN RANK ALEXA ini dan berharap pada September 2013, ranking Alexa MrJocko akan naik dan berada dibawah 1,000 seperti blog Tauke Unifi dan Samsung, Raja Makan dan juga Orang Paling Kacak. Amin,,,,

Penting Sangat Ke Ranking Alexa

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.