Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pentingnya Urus Sisa Pepejal Di Malaysia

Sampah! Siapa yang mahukan sampah. Sisa buangan yang kotor juga, tiada siapa yang mahu. Bahan buangan samada dari rumah, pejabat, kedai makan, kilang dan banyak lagi bahan buangan di Malaysia sebenarnya banyak dan perlu diuruskan dengan betul. Ramai antara kita rakyat Malaysia tidak menyedari pentingnya urus sisa pepejal di Malaysia.

Secara purata, setiap hari, seorang rakyat Malaysia menghasilkan kira-kira 1kg sampah secara tidak kita sedari. Jumlah yang disebut ini sebenarnya lebih besar jika diambil kira jumlah sampah bagi mereka yang tinggal di bandar.

Penghuni kawasan bandar dianggarkan menghasilkan kira-kira 1.5kg sampah setiap hari. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kira-kira 16,247 tan sampah dihasilkan di Malaysia setiap hari. Negeri Selangor mendahului negeri-negeri lain diikuti dengan Kuala Lumpur, Johor dan negeri-negeri lain.

Bayangkan kalau sampah di Kuala Lumpur ini tidak diuruskan dengan baik, apa akan jadi dalam masa beberapa bulan. Adakah ia akan memenuhi Tasik Titiwangsa atau boleh menenggelamkan bangunan KLCC? 

pengurusan-sisa-pepejal

sampah-di-malaysia

Sebab itu, kita patut sedar dan bertindak sekarang untuk memastikan kita dan rakyat Malaysia yang lain menyedari bahawa pentingnya urus sisa pepejal dari sampah ini. Sebenarnya kita berupaya menukar dari segunung sampah yang busuk, jika dimanfaatkan dengan bijak dan kreatif, ia akan bertukar menjadi sumber pendapatan yang lumayan.

Kempen ‘Waste To Energy’ (Sisa Kepada Tenaga) sebenarnya satu kempen yang terbaik untuk kita menyedari bahawa masa kini sampah bukan lagi sekadar bahan buangan, sebaliknya ia boleh diproses menjadi sesuatu yang menguntungkan. 

Pernahkah anda melihat pengutip sampah yang mengutip kertas, tin kosong, tin aluminium, plastik dan beberapa barang buangan lain untuk dijual balik kepada pihak tertentu?

Ada yang masih menganggap sampah tidak berguna, tetapi sebetulnya kesedaran tentang sampah di Malaysia, masih ditahap rendah dan banyak sampah yang ‘berkualiti’ belum dimanfaatkan dengan sepenuhnya berbanding di negara-negara maju seperti Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Singapura, Denmark, Austria atau Jerman.

hasil-sampah
Sampah Sebenarnya Boleh Di Kitar Semula

 

 

Sebagai contoh, di Jepun, mereka sudah mempunyai lebih 2,000 loji pelupusan sisa pepejal moden yang kemudian mengubah sisa sampah tersebut kepada tenaga yang dapat di gunakan kembali dan ia dapat menjimatkan banyak perkara.

Apakah Tenaga Yang Terhasil Dari Sampah?

Ada yang mungkin belum faham, bahan buangan seperti dari haiwan, tumbuhan dan beberapa sisa pepejal dari sampah. Apabila dibakar dengan cara yang betul akan menghasilkan tenaga Biojisim. Biojisim boleh diproses kembali untuk dijadikan Gas Metana dan bahan bakar lain seperti Etanol dan Biodiesel.

Sesetengah sisa makanan dan juga kayu boleh dibakar dan kemudian boleh menghasilkan tenaga elektrik untuk kegunaan yang sederhana kecil. Bukankah ini satu penjimatan dan cara pelupusan sampah yang betul-betul efektif?

 

waste-to-energy waste-to-energy waste-to-energy

 

MrJocko sendiri pernah menjejakkan kaki ke Tokyo, Osaka dan Fukuoka di mana, ketiga-tiga bandar besar ini mempunyai lokasi ‘pusat pelupusan sisa pepejal’ yang berfungsi menukar sampah sisa pepejal kepada tenaga. Menakjubkan bahawa, lokasi bangunan ini memang berada di kawasan berdekatan bandar dan ia sememangnya selamat dan tidak membahayakan warga sekitar.

Nak baca cerita MrJocko di Jepun, boleh baca di sini : Trip ke Tokyo, Trip ke Osaka, Trip ke Fukuoka. Rakyat Jepun tidak mempunyai masalah dengan Pusat Pelupusan Sisa Pepejal ini dan mereka sebenarnya lebih bersedia dan yakin bahawa teknologi ini jauh lebih baik dari teknik ‘tanam dan lupus’ yang memakan masa beratus tahun.

Secara peribadi, pengurusan sisa pepejal di Malaysia semakin menuju ke arah urus tadbir sisa pepejal yang lebaih baik sebenarnya. Teknologi pengurusan sisa pepejal yang digunapakai di Malaysia masih di peringkat ‘bertatih’ tetapi semakin maju dengan pembinaan beberapa Pusat Pelupusan Sisa Pepejal yang lebih baik dan moden untuk kebaikkan bersama.

waste-to-energy-malaysia

Beza Pusat Pelupusan Sisa Pepejal dan Tapak Pelupusan Sampah

Sebelum ini, kita punyai sistem pengurusan sisa pepejal yang masih menggunakan cara konvensional iaitu dengan menanam sisa berkenaan dan cara alternatif seperti kitar semula. Kita, kita di Malaysia akan maju setapak dengan teknologi pengurusan sisa pepejal yang lebih efisen dan menjimatkan serta memberikan tenaga baru kepada keperluan negara.

Sebagai contoh, dengan teknologi dan kepakaran syarikat-syarikat pengurusan sisa pepejal yang telah dijalankan, mereka berjaya memulihkan sebuah tapak pembuangan sisa pepejal di Taman Beringin, Kepong, Kuala Lumpur pada 2008 dan kini tapak berkenaan menjadi tempat rekreasi penduduk setempat dikenali sebagai Taman Metropolitan.

Ini sebenarnya yang nak ditunjukkan kepada umum bahawa konsep waste to energy (sisa pepejal kepada tenaga) sebenarnya menguntungkan semua dan memberikan hasil terbaik setakat ini.

Kempen Asingkan Sampah juga memudahkan proses Pelupusan Sisa Pepejal dengan Baik

asingkan sampah asingkan sampah sampah-di-malaysia-02

Bayangkan bagaimana cara Korea Selatan menguruskan sisa pepejal mereka apabila mereka memanfaatkan gas berkenaan yang dihasilkan oleh tapak pelupusan sisa pepejal Sudokwon dengan menjana 50 megawat tenaga elektrik, cukup untuk bekalan 180,000 rumah dalam tempoh sebulan dengan anggaran keuntungan AS$30 juta (RM130 juta) setahun.

Sebab itu, kita sebagai rakyat dan orang awam patut faham dengan konsep menukar sampah menjadi sumber tenaga, masalah pelupusan sisa buangan dapat diatasi, negara menemui sumber tenaga elektrik baharu dan yang lebih penting negara akan berada di landasan yang betul dalam mewujudkan persekitaran lebih bersih dan hijau.

Kita tidak memerlukan tapak pelupusan sampah yang besar untuk menampung sampah-sampah yang terhasil beribu-ribu tan setiap hari bila menggunakan teknologi waste to energy. Pusat Pelupusan Sisa Pepejal ini akan mengurangkan risiko dan memproses sampah yang kita tidak mahu kepada tenaga yang akan membantu kita dikemudian hari.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.