Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Penuhi Azam Raya Bersama Watsons Malaysia

Watsons Malaysia sebagai sebuah syarikat jualan barangan kesihatan dan kecantikan yang mempunyai 273 kedai runcit seluruh Malaysia dan punyai lebih 50,000 pelanggan dalam sehari. Jadi sebagai sebuah syarikat yang kini berkembang pesat di Malaysia dan Asia, sempena Ramadhan 2013, Watsons Malaysia melancarkan Kempen ‘Azam Raya Bersama Watsons‘ dengan slogan ‘Look Good, Feel Great’.

 

Azam Raya Bersama Watsons Malaysia 

Azam Raya Bersama Watsons Malaysia

Azam Raya Bersama Watsons Malaysia

 

 

Bertempat di Al-Amar, sebuah Restoran Lubnan yang terkenal di Pavillion minggu lepas, pihak Watsons Malaysia telah melancarkan kempen Azam Raya Bersama Watsons ini dengan menjemput sekali Duta Azam Raya Bersama Watsons iaitu penyanyi terkenal tanahair Faizal Tahir. MrJocko pernah bagitahu kan tentang jemputan ke Azam Raya Watsons ni.

 

Azam Raya Bersama Watsons ialah salah satu kempen perayaan yang mana menjemput semua pelanggan Watsons dan rakyat Malaysia untuk menyuarakan dan berkongsi Impian Hari Raya mereka di laman Facebook Watsons Malaysia. Rakyat Malaysia di jemput untuk kongsi Impian Hari Raya mereka di Facebook Watsons Malaysia dan mereka akan berpeluang memenangi hadiah utama iaitu Persembahan Khas dan dendangan Lagu Khas Sempena Hari Raya dicipta sendiri oleh Faizal Tahir, penyanyi terkenal, penulis lirik dan selebriti TV yang akan ke rumah anda untuk meraya Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Bagaimana, hebatkan???

 

Bukan itu saja, setiap ‘resolution posted’ di Facebook Watsons Malaysia, pihak Watsons akan memberikan Voucher bernilai RM5 kepada yang mengambil bahagian. Lagipun minggu depan bermula 18 Julai 2013 hingga 2 September 2013 akan berlangsung Jualan Raya atau ‘RAYA SALE’ di semua outlet Watson seluruh Semenanjung Malaysia dan bermula 25 Julai hingga 9 September 2013 di Malaysia Timur.

 

 

Azam Raya Bersama Watsons Malaysia

Azam Raya Bersama Watsons Malaysia

 

 

Watsons sememangnya memahami bahawa bulan Ramadhan dan ketibaan Hari Raya banyak memberi sinar kegembiraan kepada setiap orang yang merayakan kedatangan Ramadhan dan Syawal. Lebih bererti dan lagi meriah jika anda berpeluang untuk menerima kedatangan Faizal Tahir di majlis Rumah Terbuka anda.

 

Untuk pemenang, rakaman video persembahan dan nyanyian Faizal Tahir itu akan dimuatkan dalam Facebook Watsons Malaysia dan juga YouTube Watsons Malaysia untuk tujuan promosi.

 

Faizal Tahir sendiri sebagai Duta Azam Raya Bersama Watsons nampaknya sangat berbesar hati dengan kempen ini yang mana kata Faizal, ketibaan Ramadhan dan Syawal sememangnya memberikan kegembiraan kepada semua. Beliau berbesar hati jika dapat meraikan peluang mencipta Lagu Raya dan bersama pemenang Azam Raya Bersama Watson di hari lebaran.

 

Segera ke laman Facebook Watson Malaysia untuk mendapatkan info-info lanjut tentang Azam Raya Bersama Watsons Malaysia yang akan bermula pada 18 Julai 2013 nanti. Layari web Watsons Malaysia untuk melihat promosi terkini yang ada di Watsons Malaysia.

 

Azam Raya Bersama Watsons Malaysia

Azam Raya Bersama Watsons Malaysia

 

 

Oh ya, terima kasih buat Watsons Malaysia dan Al-Amar Restoran Lubnan yang sudi menaja tempat makan tengahari kami pada majlis perlancaran Azam Raya Bersama Watsons Malaysia. Jangan lupa layari Aplikasi Azam Raya Facebook Raya Watson di SINI.

 

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.