Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Blogger Boleh Beri Kesan Kepada Produk Dan Servis

Ramai blogger mungkin tidak menyedari bahawa mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam platform Media Social. Ia merupakan satu cara baru cara untuk produk dan servis mengembangkan jenama mereka secara mudah dan viral. Apa peranan Media Social, sebagai blogger khususnya, dalam media social ini?

 

Sebagai seorang blogger, mereka kebiasaannya mempunyai Facebook, Twitter dan Instagram sekurang-kurangnya. Dengan menggunakan medium Facebook, Twitter dan Instagram ini, ia akan menyampaikan maklumat kepada kawan dan follower mereka di platform media social ini. Jika ia sesuatu yang menarik, kawan dan follower anda akan berkongsi maklumat tersebut dengan rakan mereka dan ini lah yang dinamakan kuasa Blogger.

 

 

 

Peranan Blogger Sebenar Boleh Memberi Kesan
Peranan Blogger Sebenar Boleh Memberi Kesan

 

Peranan Blogger Sebenar Boleh Memberi Kesan

 

 

 

Lihat contoh yang pernah berlaku di Malaysia. Atau paling selamat, taknak burukkan mana-mana syarikat di Malaysia, kita ambil contoh kes di Amerika Syarikat berkenaan kes Domino Pizza. Kesan dari video YouTube yang memberikan gambaran buruk kepada Dominos Pizza, jualan Dominos merosot 10% selepas seminggu dari video tersebut di tonton 600,000 penonton.

 

Blogger Boleh Beri Kesan Kepada Produk Dan Servis

Di Malaysia juga banyak kes bila blogger tidak puas hati dan menyampaikan feedback dalam bentuk entry di blog mereka, ramai syarikat terbabit tambil memohon maaf dan mengaku kesilapan mereka seperti yang pernah bro Eyriqazz buat.

 

Kalau anda seorang blogger, teruskan menulis. Blog anda adalah pandangan anda. Anda rasa betul, anda tulis. Namun, jangan sesekali menyalahkan blog anda untuk menyampaikan maklumat yang salah. Sebagai rakan blogger, jadi lah blogger yang mempunyai kredibiliti.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.