Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Perasmian Butik MIDO Watches Di Elite Pavilion KL

Pembuat jam terkemuka dari Swiss, jenama MIDO merasmikan butik MIDO Watches yang baru di Elite Pavilion Kuala Lumpur baru baru ini. Outlet ini menjadi butik kedua selepas Boutique MIDO di Gurney Plaza, Pulau Pinang. MrJocko turut sama dalam Perasmian Butik MIDO Watches Di Elite Pavilion.

Merangkumi keluasan lebih 800 kaki persegi, butik MIDO Pavilion KL yang baru ini akan menjadi outlet pilihan peminat jam berkualiti tinggi dari Swiss. MIDO adalah jenama jam ‘klasik’ yang mempunyai keunikkan buatan jam mereka yang berasaskan senibina bangunan yang mewah.

Baca : Pelancaran Produk di Blog MrJocko

Perasmian Butik MIDO Watches Di Elite Pavilion KL

Upacara pembukaan Butik MIDO ini dimeriahkan dengan kehadiran Presiden MIDO Encik Franz Linder, Pengurus Negara Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd Encik Jose De Cardoso dan Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion Runcit, Dato Joyce Yap. Turut sama ialah penyanyi Uria bersama-sama dengan Mrs Universe 2013, Carol Lee sebagai tetamu khas.

Perasmian Butik MIDO Watches Di Elite Pavilion

Perasmian Butik Mido Watches Pavilion

 

Kalau anda seorang peminat jam anda mesti singgah di MIDO Elite Pavilion. Butik baru ini mempunyai koleksi lengkap jam tangan MIDO. Staff yang mesra di sini akan gembira untuk melayan pilihan anda dan memilih jam yerbaik untuk anda.

MrJocko diberitahum MIDO Watches te;ah ditubuhkan di Switzerland pada tahun 1918 oleh Georges Schaeren. Jenama MIDO kini berada di bandar Le Locle, di tengah-tengah pergunungan Swiss Jura. Nama MIDO datang dari bahasa Sepanyol “mido Yo”, yang bermaksud “saya mengukur”. Mr Schaeren mendapat ilham mencipta jam tangan tahan air pertama untuk jenama itu selepas dia terjatuh dari kudanya ke dalam sungai menyebabkan jam tangannya rosak.

 

Perasmian Butik MIDO Watches Di Elite Pavilion Perasmian Butik MIDO Watches Di Elite Pavilion Perasmian Butik MIDO Watches Di Elite Pavilion mido watches elite pavilion Perasmian Butik MIDO Watches Di Elite Pavilion

 

Kalau ikutkan trend fesyen jam tangan, ini antara koleksi klasik namun elegen. Katanya jam tangan MIDO dibezakan oleh ketahanannya. Yang unik, setiap rekaan jam tangan MIDO mempunyai nilai-nilai penting dengan ikonik dan bersejarah mengikut binaan senibina bangunan terkenal. 

Mengambil contoh model-model Baroncelli, setiap keluk dan kontur halus permukaan jam tangan ini diilhamkan oleh seni bina bulat Opera House Rennes. Manakala tali kulit pebbled menyerupai jalan berbatu di Rumah Opera.

Lamanya, selama hampir satu abad, jenama Mido telah menjadi penanda aras global dalam jam tangan mekanikal buatan Switzerland yang memenuhi ciri-ciri dan kualiti jam tangan yan terbaik. Jam tangan MIDO boleh didapati dari 2,700 peruncit rasmi di 70 buah negara. Jenama ini adalah sebahagian daripada Kumpulan Swatch, antara pembuat jam terdahulu di dunia dalam pembuatan jam.

Ada beberapa model jam di sini memang menarik perhatian MrJocko. Amboi,,, sekali lihat, dah terasa ingin memakainya. Namun, apakan daya, harga untuk jam MIDO ini bermula sekitar RM2,000 ke atas :).

Maklumat lebih lanjut mengenai di mana untuk mendapatkan jam tangan MIDO ini, anda boleh lawati lama web rasmi mereka di sini : http://www.midowatches.com/my/mido-elite-pavilion-kl-malaysia

MIDO Watches
Lot 4.106.01, Pavilion Elite,
No 168, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: +60 3-2110 2555

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.