Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Perbezaan Antara Syarikat Penerbangan AirAsia Dan MAS

Di negara kita Malaysia, ada 2 syarikat penerbangan yang paling popular bersaing antara satu sama lain. Ramai yang mula membuat perbezaan antara AirAsia dan MAS bila timbul beberapa isu penerbangan. Korang tahu ke apa Perbezaan Antara Syarikat Penerbangan AirAsia Dan MAS?

Memang kecoh sejak dua tiga hari lepas isu ibu dan bayi beliau (Izan dan Maryam) yang dihalang untuk menaiki pesawat AirAsia sewaktu berada di Lapangan Terbang Ho Chi Minh. Ramai yang turut bersimpati dengan nasib dua beranak itu dan ramai yang menganggap AirAsia menganiaya mereka.

Persoalannya, adakah betul mereka dianiaya?
 

Perbezaan Antara Syarikat Penerbangan AirAsia Dan MAS

beza-airasia-dan-mas

Perbezaan Antara Syarikat Penerbangan AirAsia Dan MAS


 

Mungkin ramai yang kena faham beberapa peraturan asas penerbangan. Apa yang terjadi mungkin salah faham dan penumpang seharusnya kena ambil tahu juga pasal undang-undang dan peraturan semasa di lapangan terbang dan menaiki pesawat.

Ambil contoh, syarat asas 7 kilogram muatan untuk ‘hand carry’ yang ditetapkan AirAsia bukan semata-mata kerana untuk mengenakan charge bagasi, tetapi untuk keselesaan penumpang lain di dalam kabin. Bayangkan anda bawa beg size 30kg ke dalam kabin, macamana nak isi diruangan kabin?

Dalam kes demam campak atau mungkin kes demam berjangkit lain, rasanya ia memang ramai yang tahu, jika anda mengidap penyakit demam seperti ‘chicken pox’ ni pihak Airport tidak akan membenarkan anda menaiki pesawat kerana dikhuatiri akan berjangkit kepada Crew dan Penumpang lain. Kemungkinan, ia lebih memburukkan keadaan selepas itu.

Ia memang ada tertulis dalam syarat dan peraturan semasa membeli tiket. Mungkin yang ramai rasa tak puas hati cara pengendalian dalam urusan tolak ansur antara pihak terlibat dengan mangsa, mungkin.
 

beza airasia dan mas 01
Beza AirAsia Dan Malaysia Airlines

Apapun, kita yang tak tahu cerita sebenar, tak payah nak komen lebih-lebih kot. Nanti kita salah fakta. Yang penting, TAHNIAH buat MAS yang menjadi penyelamat dan meringankan masalah mangsa. Thumbs up untuk MAS.

Jom kita lihat apakah perbezaan antara syarikat penerbangan AirAsia dan MAS yang pernah MrJocko sendiri alami sewaktu menaiki pesawat tebang samada dalam negeri atau luar negara.

1. Pesawat AirAsia lebih baru dan cantik dari pesawat MAS.

2. Nak naik pesawat, kalau AirAsia kena naik tangga. MAS pakai ‘terowong’ terus masuk kabin.

3. Bagasi AirAsia kena bayar, bagasi MAS dapat FREE jer,,, tapi kalau bawa lebih muatan tetap kena bayar.

4. Tempat duduk AirAsia dibaluti kulit, manakala pesawat MAS seat fabrik.

5. Nak makan dalam kabin, AirAsia kena bayar, MAS menyediakan makan dan minum PERCUMA.

6. Pramugara dan Pramugari AirAsia ramai yang muda-muda berbanding MAS ;).

Baca : Kenapa Saya Suka Menaiki Penerbangan AirAsia

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.