Percutian Musim Panas Di Hong Kong ‘Soul Cool’
|Hong Kong antara pulau yang sangat popular di Asia, semakin menjadi tumpuan ramai pelancong Muslim tidak kira masa dan ketika. Walaupun ramai menunggu untuk ke Hong Kong pada musim Sejuk, Percutian Musim Panas Di Hong Kong ‘Soul Cool’ juga tidak kurang hebatnya. Musim panas di Hong Kong tetap masa terbaik untuk semua alami keriangan Pulau unik ini dari pengalaman keindahan alam, membeli belah malah merasai pelbagai menu terbaik di Hong Kong dengan pilihan menu halal muslim yang tersedia.
Tidak kira samada anda pelancong backpackers, bercuti bersama keluarga atau meraikan kengan bersama keluarga, Hong Kong adalah salah satu destinasi wajib lawat di Asia. Dengan kepelbagaian pilihan, kos yang jauh lebih murah berbanding dengan negara Eropah dan Timur Tengah, tetapi menyajikan banyak pilihan yang serba ramah kepada semua pelancong.
Musim panas di Hong Kong bermula sekitar Julai hingga ke akhir bulan September. Selepas itu akan tiba musim Autumn. Lagipun, musim panas di Hong Kong tidak sepanas di Malaysia. Suhu maksima hanya sekitar 30° Celsius sahaja. Kalau ditiup angin, ia akan jadi lebih nyaman.
Percutian Musim Panas Di Hong Kong
Baca : MrJocko Melancong ke Hong Kong
Pilihan hotel di Hong Kong tak jadi masalah. Mereka ada banyak pilihan. Samada anda mahukan bilik hotel bajet, atau bilik hotel mewah, semua tersedia. Kalau nak murah, boleh inap di pilihan hotel bajet sekitar Kowloon, memandangkan di sini banyak pilihan menu makanan Halal.
Hotel bajet di Kowloon berharga cuma sekitar HKD100 semalam
Kalau nak rasa bilik hotel yang lebih menarik, cuba rasai pengalaman bermalam di Lanson Place Hotel Hong Kong.
Kebanyakkan lokasi hotel di sini, mudah akses dengan Tram, bas dan juga LRT. Senang kalau nak ke mana-mana, tak perlu nak guna Teksi.
Kalau nak sertai aktiviti menarik di Hong Kong, boleh pilih samada untuk ke Disneyland Hong Kong, The Peak Hong Kong, Victoria Harbour dan banyak lagi. Main la sampai puas di taman tema di Hong Kong ini, tak kira jika anda seorang atau layan karenah anak-anak.
Jangan lupa ke Ocean Parks Hong Kong
Kalau naik ke atas The Peak dengan Tram, boleh la terus ambil pakej masuk ke Madame Tussauds Hong Kong.
Pasal makanan, tiada masalah kalau melancong ke Hong Kong. Sebagai contoh, di Kowloon sahaja, ada banyak restoran Halal yang dioperasikan oleh orang India, Pakistan, Turki dan beberapa orang pemilik Cina Muslim.
Saya sendiri merasai keenakkan menu Kebab Turki di Istanbul Kebab Turkish Restaurant yang terletak di Tsim Sha Shui, Hong Kong. Selain tu, ada banyak gerai makanan Muslim dan Vegetarian di sekitar Kowloon dan juga di Ladies Night Market.
Kalau nak rasa menu yang lebih menarik, boleh cuba ke Ma’s Restaurant yang terletak di Cheung Sha Wan Road, Hong Kong. Restoran ini menyediakan menu Pastri Veal Goulash. Mereka punyai lebih daripada 40 tahun pengalaman dalam menyediakan menu makanan Halal Cina dengan punyai citarasa penduduk Barat Laut negara China.
Selepas makan malam, boleh bersantai di Victoria Harbour untuk melihat sendiri keindahan pancaran lampu warna-warni di Hong Kong. Ia PERCUMA!!!
Jika berada di lapangan terbang Hong Kong, sudah lama terkenal, restoran menu makanan segera Popeyes Hong Kong Airport, ada menu halal di sini untuk anda cuba.
Yup! Banyak sebenarnya yang menarik di Hong Kong dan musim panas seperti ini juga adalah musim terbaik untuk anda semua melancong ke Hong Kong. Terokai Hong Kong dengan citarasa anda sendiri, dengan pelbagai pilihan untuk pelancong Muslim tidak kira samada anda seorang backpakers, bersama kawan-kawan atau meluangkan masa berharga bersama keluarga. Hong Kong pasti lokasi terbaik percutian anda.
Maklumat lanjut tentang Tempat Menarik di Hong Kong boleh terus layari laman web Hong Kong Tourism Board Discover Hong Kong. #discoverhongkong #hongkong #summerfun #soulcool #hktourismboard #WegoXHongKong
Nak tengok banyak lagi gambar menarik sepanjang pecutian musim panas di Hong Kong, boleh jenguk Blog Travel member MrJocko di http://anakomak6.blogspot.com