Site icon Travel Blogger Malaysia

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Pertama JAL JetStar Shin Chitose

Masa kecil, pernah terfikir kenapa di Malaysia tak ada salji. Kedekut sangat ke Tuhan nak hantar salji ke Malaysia. Sekarang, dah tua baru dapat lihat sendiri salji di Jepun. Kali ni nak cerita kisah Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Pertama JAL JetStar Shin Chitose minggu lepas. Kalau nak tahu, Hokkaido ni terletak di Jepun.

Bila dah lihat sendiri salji di Hokkaido, Alhamdulillah, baru faham, kenapa Tuhan tak hantar salji ke Malaysia. Salji ni sejuk, nampak memang putih, salju, syiok, tapi kalau terlebih salji, mahu beku dan kebas hidung dan telinga.

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Pertama

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Pertama

 

Kalau nak tahu, ini kali ketiga MrJocko lihat salji dengan mata sendiri. Setakat tengok kat TV tak real. Kali ni, pertama kali rasa sendiri ‘snowing’ atau bahasa Bani Melayu dikatakan Hujan Ais. Best ke mandi hujan ais salji ni? Mesti la best!!!

Nanti kita cerita kemudian pasal mandi salji. Ni nak cerita dulu bagaimana MrJocko ke Hokkaido. Nanti korang semua tak faham pulak camana nak ke Hokkaido, hahaha!!!

Oh ya, sebelum tu, ambil tips ni dulu. Tips melancong ke luar negara musim sejuk

  1. Bawa pakaian Winter Coat yang sesuai. Sebaiknya kalau musim sejuk, cari yang baju winter yang punyai ketahanan sehingga -5° Celcius. 
  2. Sebaiknya, cari baju sejuk yang tidak berat tetapi tahan sejuk seperti baju Thermal Wear.
  3. Kalau tak tahan sejuk, bawa sekali thermal shirt dan thermal legging. Ia banyak membantu
  4. Tutup kepala dan tutup telinga wajib
  5. Bawa kasut yang sesuai yang punyai tapak yang mencengkam sebab ais akan jadi licin bila terlalu sejuk.

 

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Pertama

MrJocko berlepas dari KLIA menuju ke Narita Airport dulu. Sebabnya kami naik Japan Airlines (JAL) yang berpengkalan di Narita. Kemudian dari sana, transit selama 2 jam menuju ke Shin Chitose New Airport. Dari KLIA ke Narita selama 6 jam dan dari Narita ke Shin Chitose pula sekitar 2 jam. Jam 10.00am lebih, kami sampai di Hokkaido.

New Chitose Airport ini adalah tambahan bangunan terminal baru untuk lapangan terbang Shin Chitose Airport yang lama. Nampaknya, makin ramai pelancong masuk ke Hokkaido melalui gerbang ini.

Kredit gambar dan video terbaik dari kamera Sony Malaysia Sony A9 dan Sony G Lens 12-24mm

 

Sampai sahaja di New Chitose Airport, tak perlu pergi jauh, kami ke lokasi Smile Road Chitose Airport. Kali ini berjumpa dengan idola kartun dunia iaitu Doraemon dan rakan-rakan. Di sini, kami di bawa ke Doraemon Wakuwaku Skypark yang terletak di dalam terminal.

Informasi tentang tiket masuk ke Doraemon Wakuwaku Skypark dan apa yang ada di dalamnya akan mrJocko kongsi dalam entry khas Doraemon Wakuwaku Skypark New Chitose Airport nanti.

 

 

Waktu makan tengahari di sini sekitar jam 12.00pm. Sebab malam adalah awal, jadi kami kemudiannya menuju ke sebuah restorang terkenal di luar bandar Sapporo. Restoran yang sinonim dengan King Crab atau Kani dalam bahasa Jepun ini di panggil Kani Goten Restaurant. Ia terletak di lebuhraya menuju ke Lake Toya, Hokkaido.

Menu Halal Muslim untuk kami hari ini adalah menu Steamboat yang mempunyai menu seafood seperti Udang, Scallops, Ikan Susu, Mussels dan semestinya King Crab.

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Pertama JAL JetStar Shin Chitose

 

Lepas makan tengahari, destinasi kami menuju ke Ainu Museum. Ia terletak kira-kira 90km dari bandar Sappora dan memerlukan sekitar 2 jam pemanduan menggunakan Kereta, Van atau Bas. Buat sementara ini, tidak ada kemudahan laluan keretapi dari Sapporo untuk ke sini. Maka, lebuhraya adalah pilihan yang paling terbaik untuk sampai ke sini.

Apa yang ada di Ainu Museum Hokkaido https://www.japan-guide.com/e/e5375.html? Ia adalah satu perkampungan yang dibina untuk mempamerkan sejarah dan budaya masyarakat Orang Asli di Utara negara Jepun. Nanti MrJocko kongsi tentang apa yang menarik di Ainu Museum dan Ainu Village Porotokotan ini.

Yang pasti, di sini ada mempersembahkan beberapa persembahan tarian tradisional yang sangat menarik untuk ditonton.

 

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Pertama

 

Kami di sini hingga waktu Maghrib. Kalau nak tahu, waktu maghrib di Hokkaido di musim sejuk ini sekitar jam 4.00pm. Awalkan? Kalau kat KL pukul 4.00pm baru nak masuk waktu Asar.

Dari Ainu Museum dan Ainu Village, kami ke hotel penginapan di Lake Toya. Destinasi kami ialah ke The Lake View Toya Nonokaze Resort (http://en.nonokaze-resort.com). Katanya, ini antara hotel terbaik di sini dan mempunyai standard rating 4 Stars.

Sejam lebih perjalanan, akhirnya MrJocko dapat check-in di sini. Rezeki kami untuk makan malam di sini dan memang boleh diberi pujian, ada banyak menu di hotel ini mempunyai menu masakan Friendly Muslim seperti Vegetarian Pizza, Seafood Steamboat, Buahan dan macam-macam lagi.

 

 

Dari KLIA menuju ke Narita kemudian ke New Chitose Airport. Lepas tu aktiviti di Doraemon Wakuwaku Skypark, makan tengahari di Kani Goten serta menari tarian tardisional di Ainu Village, sangat memenatkan. Perjalanan dari Airport ke Lake Toya memakan masa sekitar 4 jam lagi membuatkan ‘exhausted’. 

Tapi, ia memang pengalaman terbaik untuk MrJocko. Kami ini, rasa bertuah sebab dapat rasa sendiri pengalaman Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Pertama JAL JetStar Shin Chitose. 

Baca : MrJocko melancong ke Jepun

Exit mobile version