Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Terakhir Chitose Narita Kuala Lumpur

Pakej cuti ke Hokkaido selama 6 hari 5 malam sebenarnya tidak cukup. Musim sejuk di Jepun sebenarnya antara musim sejuk yang terbaik di Dunia. Tapi, apakan daya. Untuk episod terakhir, ini cerita pengalaman Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Terakhir Chitose Narita Kuala Lumpur.

Memandangkan kami menggunakan perkhidmatan Japan Airlines (JAL) perjalanan kami dari Kuala Lumpur terpaksa transit selama 2 jam di Narita Airport sebelum ke New Chitose Airport. Begitu juga bila nak kembali ke Malaysia, kami terbang dari New Chitose Airport ke Narita Airport dan kemudian baru ke Kuala Lumpur dengan pesawat JAL Dreamliner.

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Terakhir Chitose

 

Ini kali pertama MrJocko ke Hokkaido, merupakan antara bandar di negara Jepun yang mempunyai tarikan keunikkan tersendiri. Sebelum ini dengar nama sahaja. Tapi kali ini dapat terbang sendiri ke Hokkaido.

Untuk info, nak ke Hokkaido pun dah boleh ke sana dengan penerbangan AirAsiaX. Baca sini http://www.mrjocko.com/2015/07/airasia-x-umum-penerbangan-kuala-lumpur-ke-sapporo.html

Tapi kalau untuk terbang antara bandar-bandar (domestic flight) di jepun, pilihan utama semestinya Japan Airlines atau ANA Ailines.

 

Narita Airport Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Terakhir Chitose Narita

 

Seperti penerbangan MrJocko dari Fukuoka ke Kansai Airport, view di bawah, sepanjang perjalanan memang cantik dan memukau. Tanah yang dikenali dengan nama Negara Matahari Terbit, oleh kebanyakkan orang Malaysia ini subur dengan pelbagai aktiviti.

Kalau dulu, masa dari Fukuoka, ada banyak sawah padi cara Jepun boleh kita lihat dibawah. Begitu juga di Hokkaido. Ada banyak tanah yang diusahakan untuk pertanian. Cuma MrJocko tak pasti samada itu adalah sawah padi ataupun tanaman lain.

 

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Terakhir Chitose Narita

 

Untuk pegalaman terbang dengan Japan Airlines ini, boleh baca beberapa review dari MrJocko ketika terbang ke Jepun sebelum ini. Mula-mula naik, rasa memang berbeza sangat keadaan seat, susunan kerusi yang nampak macam agak besar dan juga Cabin Crew yang senyum memanjang.

 

Pengalaman Pertama Menaiki Japan Airlines http://www.mrjocko.com/2012/06/pengalaman-pertama-menaiki-japan-airlines.html

 

 

Satu lagi yang membuatkan MrJocko teruja, bila melihat bilik air pesawat Japan Airlines Dreamliner ni. Luas hampir 2 kali ganda lavatory room pesawat AirAsia, MAS, Malindo, Thai Airways dan beberapa pesawat lain yang pernah MrJocko naik.

Mungkin kalau korang alami pengalaman melihat lavatory room pesawat lebih besar seperti Japan Airlines Dreamliner ini, boleh komen di bawah.

 

 

Dari New Chitose Airport Hokkaido jam 7.45 kami berlepas ke Narita Airport. Sampai di Narita sekitar jam 9.00 pagi dan meneruskan penerbangan melalui transit ke Kuala Lumpur sekitar jam 10.30 pagi. Alhamdulillah, jam 6.00 petang waktu Malaysia MrJocko selamat sampai di Kuala lumpur International Airport.

Keseluruhan, memang menarik trip ke Hokkaido kali ini. Musim sejuk adalah musim paling best di Hokkaido. Semestinya, pengalaman bermain salji, merasai menu makanan halal dan juga banyak aktiviti menarik boleh korang terokai. Samada korang kaki jalan, suka lihat pemandangan, kaki shopping, kaki makan, pasti akan terpesona dengan keindahan di Hokkaido.

3 Comments

Leave a Reply Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.