Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destination, Best Packages

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Twin Dragon Boat Perfume River Cruise Di Hue Vietnam

Bandar Hue terletak agak jauh dari Da Nang. Namun, kalau ada peluang, boleh ke sini untuk merasai pengalaman menyusuri Twin Dragon Boat Perfume River Cruise Di Hue Vietnam. Ia pengalaman baru di mana lain dari boat biasa.

Salah satu ciri yang paling ketara yang ada di bandar Hue adalah bentuk sungai yang berliku-liku Perfume River (Huong) yang membahagikan bahagian bandar. Untuk mereka yang ingin melihat kedua-dua senibina Citadel Imperial dan Pagoda Thien Mu. kedua-duanya terletak di tebing sungai. Oleh itu, bot adalah pilihan yang paling terbaik, mudah, selesa, dan menawarkan pilihan alternatif yang santai ketika di Hue.

Perfume River Cruise Di Hue Vietnam

 

 

Perfume River Cruise Di Hue Vietnam

 

Sebenarnya, ada beberapa pakej cruise di sepanjang Perfume River di Hue ini. Ada pakej yang 8 jam, pakej 4 jam, 3.5 jam dan juga 2 jam mengikut kesesuaian masa dan bajet pelancongan korang. Kalau pakej Muslim, pakej untuk selama 2 jam dah cukup untuk korang bersantai di atas bot ‘Naga Berkepala Dua’ sambil menikmati pemandangan matahari terbenam di Hue Vietnam.

Biasanya kalau yang biasa, pakej selama 4 jam termasuk makan tengahari antara yang popular di Perfume River Cruise Di Hue Vietnam. Namun, untuk Muslim, tak ada pakej menu makanan halal. Oleh itu, kami lebih sesuai untuk menikmati pemandangan Perfume River sahaja selama lebih kurang 2 jam.

Nak tahu lebih lanjut untuk pakej Muslim ke Vietnam, boleh tempah dengan syarikat Travel Agent terbesar di Vietnam iaitu Victoria Tourism Vietnam victoriatourism.com.vn. Kalau nak diskaun jangan lupa bagi KOD MrJocko Blogger :).

 

Perfume River Cruise Di Hue Vietnam

 

Nak tahu lebih lanjut untuk pakej Muslim ke Vietnam, boleh tempah dengan syarikat Travel Agent terbesar di Vietnam iaitu Victoria Tourism Vietnam victoriatourism.com.vn atau boleh ke laman Facebook Victoria Tourism Vietnam https://www.facebook.com/dulichquoctethangloi/?ref=br_rs

Kalau nak diskaun jangan lupa bagi KOD MrJocko Blogger :).

Note : Gambar diambil menggunakan kamera Sony RX100 Mark4 #RX100M4

Twin Dragon Boat Perfume River Cruise Di Hue Vietnam Twin Dragon Boat Perfume River Cruise Di Hue Vietnam Twin Dragon Boat Perfume River Cruise Di Hue Vietnam Twin Dragon Boat Perfume River Cruise Di Hue Vietnam

 

Sungai ini tidak la sebesar Sungai Han di Da Nang, tetapi sebagai pengalaman, boleh cuba. Kalau ada pakej makan tengahari atau dinner di sini (untuk Muslim) memang la lagi menarik.

Apa yang boleh dilihat di sepanjang sungai adalah aktiviti masyarakat Vietnam di sini termasuk nelayan. Dengar kata kalau memancing di sini juga memang menarik, tetapi kena cari pakej yang bersesuaian.

Tips kalau nak merasa pengalaman Perfume River Cruise di Hue Vietnam, sebaiknya boleh ambik pakej bermalam di sini untuk semalaman. Ini kerana jarak Da Nang ke Hue sekitar 100km dan memakan masa selama 2 jam perjalanan. 

Kalau kita dari Malaysia nak ke Hue, paling mudah ialah dengan menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang http://www.mrjocko.com/2017/05/airport-da-nang-vietnam-trip.html. Dari Da Nang barulah naik kereta atau van ke bandar Hue.

 

Twin Dragon Boat Perfume River Cruise Di Hue Vietnam

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.