Site icon Travel Blogger Malaysia

Perjalanan dari Republic Naminara ke Sokcho

Ini sambungan cerita trip kami ke Korea Selatan. Perjalanan dari Republic Naminara ke Sokcho. Selepas kami bersuka ria menikmati view yang cantik kat Nami Islands (dan sebenarnya Nami Islands ni lagi cantik pada musim Winter dan Autum), kami menuju perjalanan selama lebih kurang 3 jam ke Sokcho, kemudian check-in di Hotel Youngrang-Ho Resort, Sokcho, South Korea.

 Nami Island di Korea Selatan

Perjalanan dari Republic Naminara ke Sokcho

Memandangkan hotel ni berada jauh dari pekan, maka tak der banyak aktiviti yang boleh kami lakukan. Cuma yang best kat sini, bilik yang di berikan cukup istimewa. Apa yang sangat istimewa??? Nanti aku ceritakan kelebihan Youngrang-Ho Resort, Sokcho, South Korea ni dalam entry lain yer…

Maghrib kami singgah makan malam di sebuah restoran apa ntah. Dan cam biasa, menu kami Nasi Putih, Telur Goreng dan Kicap, berserta sayuran Korea.

Keesokkannya kami terus check-out seawal jam 7.00am dan bersarapan di Cafe berdekatan. Alhamdulillah, kali ni rezeki kami lebih sikit kerana sajian yang ada adalah menu Western. 🙂

Dan selepas breakfast kami terus menuju ke destinasi seterusnya, Teddy Bear Museum yang terletak di sekitar National Park Soeraksan. Kawasan ni dah kira dekat dengan Mount Soerak. hanya beberapa minit perjalanan menggunakan Bas atau Kereta. Sayang di sini tiada kemudahan keretapi.

Apa lagi yang menarik di Korea Selatan? Nanti MrJocko share lagi,,,

 

Exit mobile version