8 Perkara Patut Anda Tahu Bila Parts Macbook Rosak
|Ramai yang memang impikan unit Macbook Air atau Macbook Pro sebagai laptop, komputer riba peribadi masing-masing. Ada yang anggap, guna produk Apple, kualiti terbaik. Ada juga yang anggap ia ‘style’ bila guna laptop Macbook. Semua ini kerana jenama. Tapi tahukah anda, bila Macbook ini ada masalah atau rosak, anda akan mula naik darah dan menyusahkan hidup anda? 8 Perkara Patut Anda Tahu Bila Parts Macbook Rosak.
Oleh itu, ada 8 Perkara Patut Anda Tahu Jika Parts Macbook Rosak. Ia mungkin juga mempunyai persamaan dengan iPhone atau mana-mana produk Apple di Malaysia. Bila rosak, perlu dihantar ke Singapura untuk tujuan pembaikian atau penggantian.
8 Perkara Patut Anda Tahu Bila Parts Macbook Rosak
Dalam kes MrJocko, Macbook Air tidak rosak, tetapi charger Macbook Air yang baru dibeli 2 bulan lepas ROSAK. Bermula dengan tanda-tanda tidak boleh charge bateri Macbook penuh diakhiri dengan charger yang panas jika mengecas selama beberapa minit.
Akhirnya 2 hari lepas, charger Macbook Air yang dibeli di Machines NU Sentral ada pertengahan bulan Januari 2016, ROSAK dan tidak boleh digunakan lagi.
Bila dibawa ke kedai Machines NU Sentral, MrJocko di beritahu supaya dihantar ke Apple Service Centre samada di KLCC, One Utama atau Apple Service Jalan Yap Kwan Seng.
Hari ini bergegas MrJocko ke Apple Service Centre di One Utama untuk dapatkan warranty. Maklumlah, 2 bulan sahaja baru pakai, sekarang dah rosak. Ingatkan dapat gantian One-To-One, tetapi rupanya TIDAK. Parts yang rosak sahaja dibaiki dan ia perlu di’pesan’ dari Singapura yang akan memakan masa selama lebih kurang 7 hari. Apa sudah jadi? Inikah Warranty yang dibanggakan oleh Apple Malaysia?
Oleh itu, sebagai panduan semua lebih-lebih lagi pengguna Macbook, Mac, iPhone, iPad iPod atau yang berkaitan dengan jenama Apple, ini adalah informasi untuk anda :
1. Anda boleh beli barang Macbook di mana-mana outlet sah di Malaysia, tetapi kalau produk atau Parts Macbook ROSAK, kena hantar ke APPLE SERVICE CENTRE sahaja. Kedai tidak akan bertanggungjawab.
2. Hantar ke mana-mana APPLE SERVICE CENTRE yang disenaraikan (3 di KL) dan barang yang rosak akan di’ORDER’ dulu, walaupun sebahagian yang rosak hanya dari CHARGER atau kabel yang ROSAK.
3. Diberitahu bahawa anda tidak akan dapat gantian WHOLE SET, cuma PART YANG ROSAK sekarang SAHAJA.
4. Kalau barang lain yang berkaitan rosak juga kemudian, ULANG Step yg sama. Contoh, asalnya rosak Plug Soket Power, hanya diganti Plug Soket Power sahaja. Kabel akan diganti jika rosak.
5. Waktu untuk barang anda sampai antara 7 Hari Waktu Bekerja. Tiada jaminan kerana mengikut shipment yang dibuat.
6. TIADA PINJAMAN charger atau part sementara utk anda, pengguna APPLE. Paling tidak, sediakan kabel gantian sementara buat pelanggan sementara barang mereka di ganti.
7. Simpan jer Macbook anda sementara tunggu part sampai di Kuala Lumpur. Ini menyedihkan.
8. Malaysia TIADA syarikat SERVICE CENTRE APPLE yang sebenar. Saya difahamkan, APPLE SERVICE CENTRE sebenar hanya ada di SINGAPURA.
So, untuk anda yang nak pakai Macbook, iPhone atau produk Apple yang lain, guna produk anda sebaiknya walaupun dalam tempoh Warranty. Pastikan barang anda tidak ROSAK. Kalau ROSAK, bersedialah utk hadapi hari-hari BAD MOOD anda.
8 Perkara Patut Anda Tahu Jika Parts Macbook Rosak ini berdasarkan pengalaman MrJocko sendiri dan sebagai panduan untuk pengguna-pengguna Macbook dan jenama Apple yang tidak berapa expert seperti MrJocko. Harap ia memberi panduan dan sedikit info bermanafaat untuk semua.
Macam MrJocko, katanya seminggu menunggu untuk barang sampai adalah satu konsep Warranty Apple Malaysia yang tidak penuhi standard servis yang bagus. Saya kecewa dengan Service Centre Apple Malaysia
#Macbook
#AppleMalaysia
#MachinesMalaysia
Payah pulak kekdahnya pakai Macbook camni..