Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Perkembangan Semasa Varian Baharu OMICRON Dan Langkah Kawalan Pencegahan

Ini Perkembangan Semasa Varian Baharu OMICRON Dan Langkah-Langkah Kawalan Pencegahan. Selepas satu dunia kembali kecoh dengan varian terbaru ini, ia mungkin akan memberikan impak yang ketat kepada pelancongan seluruh dunia. Banyak negara kembali risau dengan penularan virus terbaru ini dan ia mungkin memberi kesan kepada polisi sempadan banyak negara di dunia.

Untuk informasi segera. Warganegara Malaysia dan pemegang pas lawatan jangka-panjang dibenarkan masuk dengan syarat-syarat seperti di bawah :
1 – Kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin
2 – Lakukan ujian RT-PCR sebelum, semasa tiba dan hari ke-10 kuarantin
3 – Tempoh kuarantin dilanjut jika bergejala pda hari ke-14

Baca : Virus Terbaru CoronaVirus

Varian Baharu OMICRON

 


Perkembangan Semasa Varian Baharu OMICRON Dan Langkah Kawalan Pencegahan

Perkembangan Semasa Varian Baharu OMICRON
Virus Omicron

 

Mengikut pakar, informasi terbaharu Covid-19 iaitu Omicron yang ketika ini sedang menggemparkan seluruh dunia pertama kali dikesan di Afrika Selatan, dikatakan memiliki beberapa gejala yang tidak jauh beza dengan virus lain.

Menurut Ketua Persatuan Perubatan Afrika Selatan, Dr Angelique Coetzee, varian ini boleh merebak dengan lebih cepat berbanding varian lain seperti Delta (satu lagi varian Virus Covid-19).

Dr Angelique berkata, gejala umum yang boleh dialami pesakit adalah seperti keletihan dan sakit kepala namun ia hanya gejala ringan dan boleh dirawat di rumah.

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
PERKEMBANGAN SEMASA VARIAN BAHARU OMICRON (B.1.1.529) DAN LANGKAH-LANGKAH KAWALAN SERTA PENCEGAHAN DI MALAYSIA.

Perkembangan Semasa Varian Baharu OMICRON

Perkembangan Semasa Varian Baharu OMICRON

Perkembangan Semasa Varian Baharu OMICRON

Perkembangan Semasa Varian Baharu OMICRON

Perkembangan Semasa Varian Baharu OMICRON

Perkembangan Semasa Varian Baharu OMICRON

Perkembangan Semasa Varian Baharu OMICRON
 

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Menurut Menteri Kesihatan sebelum ini, pengembara warga Malaysia yang merancang lawatan ke tujuh negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe tidak akan dibenar meneruskan perjalanan mereka.

Beliau berkata ia merupakan inisiatif kerajaan dalam mempertingkat langkah pencegahan dan kawalan sempadan termasuk bagi pengembara yang tiba di pintu masuk negara.

Katanya tiga negara telah melaporkan kes membabitkan varian Omicron iaitu Afrika Selatan (77 kes), Botswana (empat) dan Hong Kong (dua).

Updated : 3 Disember 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kes pertama positif varian yang dibimbangi (VOC) Omicron di negara ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kes tersebut berjaya dikesan melalui tindakan pencegahan dan kawalan jangkitan penyakit Covid-19 di semua pintu masuk antarabangsa dan survelan makmal yang dijalankan secara berterusan.

Menurutnya, kes terbabit melibatkan seorang pengembara bukan warganegara yang berusia 19 tahun yang tiba dari negara Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November 2021.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.