Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Samsung Akan Perkenal Galaxy A3 Dan Galaxy A5 Pada 8 Januari 2015

Samsung akan perkenalkan dua lagi model smartphone terbaru mereka di dalam keluarga A-Series yang dinamakan dengan nama Samsung Galaxy A3 dan Galaxy A5. Kedua-dua model ini akan diperkenalkan serentak di Malaysia kepada media pada 8 Januari 2015. MrJocko InsyaAllah akan hadiri majlis yang eksklusif ini dan ia peluang terbaik untuk melihat sendiri dua model terbaru Samsung di awal tahun 2015.

 

Kedua-dua model Samsung dari Korea ini rasanya sudah diumumkan pada Oktober 2014. Tetapi ia baru diperkenalkan di Malaysia pada 8 Januari nanti.

 

Untuk makluman, antara perbezaan antara model A3 & model A5 ialah dari segi paparan skrin 4.5″ dan 5.0″, Resolusi warna yang berbeza, Kamera belakang 8MP dan 13MP tetapi kamera depan selfie kedua-duanya 5MP terbaik.

 

Ada banyak lagi fungsi dan rahsia yang ada dalam Samsung A3 & Samsung A5. Jadi kalau nak tahu lebih lanjut boleh cari di internet atau ikuti MrJocko pada 8 Januari 2015 nanti. Harga runcit untuk Samsung GalaxyA3 ialah RM899 dan Samsung GalaxyA5 ialah RM1199.

Samsung_Galaxy_A5_Launch_malaysia
Samsung Galaxy A3

 

Samsung_Galaxy_A5_Launch_Malaysia
Samsung Galaxy A5

Kalau nak diikutkan model Galaxy A3 & Galaxy A5 ini berbaloi untuk kita guna jika melihat dari segi spesifikasi smartphone, kelebihan yang ada dan harga yang agak murah berbanding model lain.

Kalau nak cari smartphone level pertengahan, model Samsung A3 dan Samsung A5 ini sangat berbaloi untuk anda beli.

4 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.