Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Akan Berakhir Disember 2020

Agak menyedihkan juga bila baca berita tentang Feri Pulau Pinang hari ini. Mengikut sumber-sumber di media sosial, Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Akan Berakhir Disember 2020 ini. Salah satu ikon pelancongan di Pulau Pinang, akan ditamatkan dan digantikan dengan bot laju. Kalau betul, akan hilang satu lagi aktiviti menarik yang ada di Pulau Pinang.

Selama kami travel ke Pulau Pinang, seingat kami hanya 6 kali berkesempatan naik Feri Pulau Pinang. Terakhir naik Feri di pulau tersebut rasanya 5 tahun lepas. Cadang memang tahun ini nak ke Pulau Pinang sekali lagi, namun kerana pandemik Covid-19, perancangan ini terbantut.

Baca : Pengalaman Naik Feri Pulau Pinang

 


Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Akan Berakhir Disember 2020

Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Akan Berakhir Disember 2020 01 copy

Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Akan Berakhir Disember 2020
Gambar 10 Tahun Lepas

 

Menurut sumber di Facebook Penang Kini, perkhidmatan Feri Pulau Pinang ini akan digantikan dengan perkhidmatan Bot Laju seperti bot laju di Kuala Perlis ke Langkawi. Ia mungkin akan lebih bosan jika nak dibandingkan dengan pengalaman naik Feri Pulau Pinang sebelum ini.
 

Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Akan Berakhir Disember
 

Selama mana ia akan tidak beroperasi masih lagi belum dapat kepastian, namun sebagai pengguna yang memang menunggu untuk naik Feri Pulau Pinang dengan kereta atau motorsikal, kami mengharapkan semoga ia akan ditambahbaik dan diteruskan sampai bila-bila.

Kalau sebelum ini Feri Pulau Pinang beroperasi untuk menjadi satu pilihan selain dari menaiki jambatan Pulau Pinang. Namun kini, kerana sudah ada 2 jambatan menghubungkan tanah besar Butterworth ke Pulau Pinang, maka mungkin ini faktor operasi Feri Pulau Pinang akan dihentikan.

Untuk anda yang teringin untuk merasai pengalaman sendiri menaiki Feri Pulau Pinang, anda boleh lagi ke sana sehingga tarikh 31 Disember 2020. Cari masa dan rakamkan kenangan terakhir anda di sana sebelum ia dihentikan operasinya.

Rapid Ferry Wikipedia

Rapid Ferry is a shuttle ferry service within the State of Penang, Malaysia, connecting the city of George Town on Penang Island and Butterworth on the mainland. This cross-strait transit has been operational since 1894, making it the oldest ferry service in Malaysia.[1] Its fleet of six ferries carries both passengers and automobiles across the Penang Strait daily; each roll-on/roll-off ferry could accommodate cars either on its lower deck or on both decks.[2]

The first cross-strait ferry service between Penang Island and the mainland began in 1894.[1] This regular service was initiated by Quah Beng Kee, an entrepreneur from Penang Island together with his 4 brothers forming a company named Beng Brothers.[3] Originally a passenger-only service, the ferries were later refitted to carry automobiles in 1925. From 1924, the ferries were operated by the Penang Port Commission (formerly Penang Harbour Board), through its subsidiary, Penang Port Sdn Bhd.

In 2017, the Malaysian federal government began transferring the ferry service from Penang Port Sdn Bhd to Prasarana Malaysia, a government-owned entity which manages urban public transportation across Malaysia.[2][4][5] Following the handover, the ferry service has been rebranded as Rapid Ferry.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.