Semakan Status Permohonan i-Sinar KWSP Online Di Laman Web
|Awal Januari 2021 akan menjadi penentu kepada jutaan pencarum KWSP kerana ramai diantara mereka memohon untuk mengeluarkan sebahagian wang simpanan hari tua mereka melalui permohonan i-Sinar KWSP. Ramai yang sudah tahu, tarikh Semakan Status Permohonan i-Sinar Online Laman Web KWSP adalah 4 Januari 2021 bagi mereka yang memohon bagi Kategori 1.
Untuk Kategori 1, mereka yang diberhentikan kerja atau yang tidak mempunyai carumah KSWP selama 2 bulan berturut-turut, katanya akan layak secara automatik (perlu memohon iSinar). Manakala mereka yang ada kesan pengrangan gaji dan berkaitan adalah termasuk dalam Kategori 2 dan perlu memohon kemudian. (Sila semak di laman web https://isinar.kwsp.gov.my/check-status)
Baca : Status Permohonan i-Lestari KWSP
Semakan Status Permohonan i-Sinar KWSP Online Di Laman Web
Pertama kali saya baca idea ini adalah dari perkongsian di laman Facebook bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak. Kalau diikutkan, nampaknya, dia yang bersungguh-sungguh dalam cadangan memberikan peluang kepada pencarum mengeluarkan sebahagian dari wang KWSP untuk membantu kesan dari pandemik Covid-19.
Ramai tahu, bila saja seluruh dunia di serang Covid-19, bukan sahaja ramai yang hilang pekerjaan, sektor ekonomi seluruh dunia juga lumpuh, termasuk di Malaysia.
Dengan pengeluaran sejumlah sekitar RM10,000 ini dari jumlah simpanan KWSP mereka, harap dapat membantu meringankan beban semua rakyat yang terkesan.
Mereka yang sudah memohon sebelum ini, pada bulan Disember 2020, akan mendapat keputusan status permohonan i-sinar kwsp secara online bermula hari ini, 4 Januari 2021. Jika tidak berjaya, mereka boleh membuat permohonan sekali lagi.
Semalam, seawal jam 11.00 malam, 3 Januari 2021, ramai pemohon sudah berjaya mendapatkan keputusan permohonan mereka. Sangat cepat. nampaknya, kali ini pihak KWSP sangat efisen dalam memproses permohonan pemohon pencarum KWSP.
Mereka yang lebih awal memohon, katanya akan menerima wang pendahuluan seawal 8 Januari 2021 dan ia akan dibayar berperingkat setiap bulan selama jumlah 6 bulan. Mereka yang lewat memohon akan mengikut turutan namun akan menerima wang tersebut pada pertengahan bulan ini, Januari 2021.
Untuk anda yang memohon dan berjaya, Alhamdulillah, gunakan duit tersebt sebaik mungkin. Bagi yang memohon tetapi tidak berjaya, boleh cuba sekali lagi.
Manakala mereka-mereka yang tiada simpanan KWSP, bertabahlah. Usaha cara lain dan kemudian teruskan berdoa. InsyaAllah ada usaha dengan cara lain supaya kita juga akan sama-sama mendapat manafaat dari suntikan dana ini.