Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Permulaan cerita Trip Ho Chi Minh

Kami mulakan awal tahun 2012 dengan oversea trip ke Vietnam. Destinasi kami, Ho Chi Minh atau Saigon.  Kalau sebelum ni last kami sekeluarga pegi oversea Sentosa Island, Singapore, tahun 2010, lama tu.
Pastu jalan-jalan sekitar Malaysia jer, ambik promosi yang murah-murah dan dekat sahaja.

Nasib baik flight kami malam, so, senang nak ke LCCT dan cari parking space PERCUMA. Nasib baik ada. Save RM80 untuk bayaran parking selama 4 hari kalau aku park kat Tune Hotel. Kalau park depan LCCT Parking space, kira sendiri la, RM44 maksima sehari. kalau dah 4 hari, kopak bayar parking sahaja.
Dah parking, menapak ke LCCT, makan dulu kat McD. Dah tiba time check-in, terus masuk, boleh lepak kat departure hall sementara tunggu flight.

Nasib baik kali ni masa check-in orang tak ramai. Masa kat baggage drop, tak ramai, masuk check-in, hantar bag dan kemudian trus masuk departure hall… senang, tak yah que panjang.
Memandangkan flight delayed sejam, kami tunggu je la. Layan Wifi, makan kudap-kudap dan Maghrib sementara nak naik flight. Sempat tukar RM kepada USD. Dan memang berbaloi kerana sampai kat Saigon, aku dapat rasa nilai USD berbanding Dong.
Kami naik flight kul 7.55pm dan sampai Saigon kul 9.00pm waktu Saigon. 2 jam perjalanan rasa kejap jer. 
MrJocko.com
4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.