Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hukum MLM Dan Perniagaan Guna Sistem Piramid Tidak Halal

Ramai sebenarnya nak tahu apa hukum meniaga melalui perniagaan Multi Level Marketing atau MLM? Apa pula hukum berniaga dengan menggunakan konsep sistem Piramid dalam MLM? Ramai yang sudah terlibat dalam business MLM ini dan ramai juga masih tak sedar tentang halal haram perniagaan tersebut. Hukum MLM Dan Perniagaan Guna Sistem Piramid Tidak Halal.

MrJocko sekadar berkongsi maklumat tentang apa yang diperkatakan oleh Dr Abdul Salam Muhammad Shukri dalam satu sesi soal jawab di suratkhabar utama. Dr Abdul Salam mengupas secara ringkas tentang beza perniagaan MLM yang menjual barangan dan MLM yang guna konsep Sistem Piramid.

Baca : Sekadar Perkongsian Tentang Tips Kewangan

Sistem Piramid Tidak Halal

HUKUM MLM DAN PERNIAGAAN GUNA SISTEM PIRAMID

 

Apa yang MrJocko faham, kalau MLM yang membuat perniagaan jual beli menggunakan subjek atau perkhidmatan yang halal, berasaskan cara jual beli yang sah, maka pendapatan kita InsyaAllah halal. Tetapi, sekiranya MLM tersebut hanya fokus kepada cari downline, dapat registration, tak perlu jual barang atau perkhidmatan, maka pendapatan dari skim Piramid MLM seperti ini mungkin mempunyai unsur yang haram.

Perniagaan Guna Sistem Piramid Tidak Halal

Secara mudahnya, nak buat perniagaan sebenarnya mudah sahaja, tetapi nak untung dengan banyak bukan sesuatu senang. Nak kerja dan cari duit juga senang, tetapi nak kaya sebenarnya bukan sesuatu yang mudah. Sebab itu antara cara nak kaya ialah belajar bersungguh-sungguh selama hampir 14 tahun, punyai warisan keluarga yang kaya atau harta pusaka yang berjuta.

Secara peribadi pun, selama MrJocko travel keluar negara, jarang melihat business MLM ni ada di negara lain. Paling banyak, hanya di Malaysia.

Oleh itu wahai rakan-rakanku, pilihla cara kerja yang sebaiknya. Mungkin ada peluang kita jadi kaya dengan cepat, tetapi kalau kita buat jahat kepada orang, menipu orang, ambil kesempatan ke atas kebaikkan orang lain, aniaya orang lain dan pelbagai cara yang tak betul, itu semua tidak akan memberikan rezeki yang berkat. Wallahua’lam.

Glamorous MrJocko

P/S : Nak pastikan lagi informasi mengikut pandangan bijak pandai dalam hal ini dalam kupasan di blog lain, boleh layari pautan ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.