Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Apa Persediaan Asas Untuk Memelihara Kucing

Untuk rakan-rakan yang baru mula nak belajar memelihara Kucing, mesti anda tengah cari info dan maklumat berkenaan Persediaan Asas Untuk Memelihara Kucing . MrJocko pun spend masa hampir sebulan juga untuk dapatkan maklumat basic tentang pemeliharaan Kucing ini. Bermula dari pengambilan Miko, seekor anak Kucing baka campuran tempatan berumur 4 bulan, kini mempunyai seekor lagi Kucing Putih baka campuran Long Hair yang baru diberi nama Oreo, berumur 2 bulan.

Antara perkara asas yang anda kena ada ialah yang utama Sangkar Kucing. Untuk seekor atau dua anak Kucing, anda hanya cukup menggunakan sangkar bersaiz 2 kaki ini. Harga sekitar RM90 hingga RM150 bergantung kepada brand dan jenis material sangkar tersebut.

Persediaan Asas Untuk Memelihara Kucing

Persediaan Asas Untuk Memelihara Kucing
Sangkar

 

Anda juga perlu sediakan bekas untuk Kucing ini ‘membuang’ berserta pasir khas untuk bahan buangan kucing ini. Bekas tersebut bernilai dari RM5 dan pasir khas tersebut berharga bermula RM17 untuk setiap 10 liter. Di samping itu sediakan juga bekas makanan dan bekas air untuk kucing dan setiap satu bekas ini bermula dengan RM3 ke atas.

 

Persediaan Asas Untuk Memelihara Kucing

Persediaan Asas Untuk Memelihara Kucing

Persediaan Asas Untuk Memelihara Kucing

 

Anda boleh dapatkan sangkar kucing hanya di kedai haiwan atau klinik haiwan berdekatan. Tetapi untuk bekas bahang buangan kucing, pasir khas dan bekas makanan serta bekas minuman kucing anda boleh dapatkan di Pasaraya Besar seperti Tesco, Giant dan juga AEON.

Dah ada perkara asas ini, baru anda boleh pelihara kucing pilihan anda dengan selesa dan teratur. Pastikan anda beli makanan yang sesuai kerana makanan kucing dewasa (adult) tidak sesuai untuk dijadikan makanan untuk anak kucing (kittens). Pastikan anda memilih makanan yang sesuai untuk diet kucing anda supaya kucing anda sihat dan tidak kehilangan berat badan dan bulu. Selamat mencuba…

Glamorous MrJocko

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.