Persembahan di FantaSea Yang Hebat di Phuket Thailand
|Semestinya kalau korang melancong ke Phuket, jangan lupa singgah dah saksikan pertunjukkan hebat di Phuket ini yang di beri nama Fantasea Show. Menakjubkan bila dapat lihat Persembahan di FantaSea Yang Hebat di Phuket Thailand. Ia seakan menjadi sinonim dengan bandar ‘Bukit’ ini.
Ia adalah satu pertunjukkan budaya yang sehebat pertunjukkan yang ada di Istana Budaya, malah ia di buat dengan begitu besar sekali dewannya. Paling best bila persembahan Fantasea Phuket tersebut menggabungkan persembahan lakonan antara manusia dan binatang seperti Gajah, Harimau dan banyak lagi haiwan-haiwan lain.
Baca : Persembahan Menarik di Bangla Street Phuket
Persembahan di FantaSea Yang Hebat di Phuket Thailand
Pertunjukkan yang kami saksikan di FantaSea Show, Phuket kali ini ialah satu cerita garapan Teater lagenda Thailand yang mengisahkan kehebatan tentera dan gajah-gajah Thailand serta rakyatnya yang sememangnya sinonim dengan negara Thai tersebut. Penceritaan yang mengikut legenda dan separuh mitos ini memang hebat di tambah dengan pencahayaan dan muzik yang memang best.
Nak tahu sama persembahan teater di FantaSea Show ini best atau tidak, kena pegi tengok sendiri yer. Harga aku tak ingat, pasal semua kos pada masa itu termasuk pakej.
![]() |
Pintu masuk ke Fantasea Show… |
![]() |
macam budak-budak… |
Habis persembahan, korang boleh pusing satu kawasan fantasea. Di FantaSea Show ni macam-macam ada, samada dari kraftangan, gifts, anak patung permainan dan juga ole ole lain.
Kalau nak spend masa di FantaSea Show, rasanya satu jam dua tidak cukup, jadi pastikan anda sampai awal ke FantaSea Show Phuket untuk memastikan anda boleh bergembira semaksima mungkin di sini.
MrJocko.com
yeeehaaaa..!!! yg ni la posting mu yang paling aku suka..!! sebab… sebabnya byk gambar aku ada.. hahahaha
haha,,, sila bayar royalti,,,
Thanks for sharing your thoughts about friends. Regards