Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Persembahan Nanta Show Muzikal Komedi Di Seoul

Selain dari pemandangan hutan batu di Seoul, anda mesti singgah di lokasi wajib ini jika anda ke ibu negara Korea selatan ini. Persembahan Nanta Show Muzikal Komedi Di Myeongdong, Seoul, pasti akan menjadi satu lagi kenangan terbaik pengembaraan anda di negara Korea ini dengan pengalaman menonton persembahan langsung yang memukau sesiapa sahaja. Tidak hairan, ia menjadi fenomena yang popular dikalangan pelancong tempatan dan antarabangsa saban hari.

Nanta Show ialah rancangan muzikal komedi bertemakan masakan Korea yang dipersembahkan secara langsung di hadapan penonton. Persembahan ini telah menerima banyak kemasyhuran di Korea dan luar negara. Berlangsung sekitar 90 minit, ia memang akan membuatkan anda ketawa hingga tidak kering gusi dengan telatah pelakon di atas pentas utama.

Baca : Persembahan Bibap Show Seoul Korea

Nanta Show Muzikal Komedi Di Seoul

 


Nanta Show Muzikal Komedi Di Myeongdong, Seoul

Nanta Show Myeongdong Seoul
 

Jika anda sekeluarga dan kawan-kawan mencari persembahan unik ketika di Korea, inilah masa anda duduk dan nikmati persembahan Non-Verbal paling menarik setakat ini yang dipersembahkan secara langsung.

Sedikit sinopsis dan informasi tentang Nanta Show, ia adalah satu persembahan Muzikal Komedi Senyap yang mempersembahkan lakonan sketsa ketika Chef dan Pembantu Tukang Masak menyediakan masakan untuk majlis perkahwinan. Ketika inilah, akan ada gabungan lawak, muzik dan tarian yang menarik sepanjang mereka memasak makanan untuk tetamu, dengan pengisian lawak-lawak senyap yang pasti akan membuat anda ketawa terbahak-bahak.

Kenapa Persembahan Nanta Show Sangat Popular?

1. Ia diperkenalkan pada tahun 1997 dan semakin maju sejak dari tahun tersebut
2. Persembahan ‘mesra’ pelakon dengan penonton dengan lawak selama 90 minit
3. Muzik dan garapan alatan memasak Samulnori digunakan untuk memberikan bunyi muzik yang lebih unik ditambah dengan tarian semasa persembahan
 

Nanta Show Myeongdong Seoul

Nanta Show Myeongdong Seoul

Nanta Show Myeongdong Seoul

Nanta Show Myeongdong Seoul

Nanta Show Myeongdong Seoul

Hari Persembahan :
Selasa – Jumaat 8.malam
Sabtu – 2.00 petang & 5.00 petang
Ahad – 2.00 petang & 5.00 petang (Jadual tertakluk kepada perubahan operasi)
– Tiada persembahan pada hari Isnin

Harga Tiket Nanta Show Myeongdong Seoul
* Had umur: Lebih 12 bulan
* Harga Tiket : VIP ₩66,000 , S ₩55,000 , A ₩44,000
* Pembelian Tersedia (Online) : 2 jam sebelum masa tayangan

Lokasi persembahan ini tidak susah untuk anda cari kerana ia terletak berdekatan dengan lokasi popular Myeongdong, tempat membeli belah terkenal di Seoul. Anda boleh beli tiket secara online dan boleh semak dengan Travel Agency anda atau di Korea Tourism Office di Seoul, South Korea.

Letak senarai ini dalam plan anda kala ke Seoul, pasti akan puas hati.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.