• Tue. Oct 3rd, 2023

Persembahan Street Show Di Walking Street Pattaya Thailand

walking-street-pattaya-01-copy

Pattaya, satu lagi bandar yang menjadi destinasi tumpuan pelancong dunia, kalau ke Thailand. Walaupun terletak agak jauh dari Bangkok, lokasi ini punyai tarikan tersendiri. Bukan hanya pantai Pattaya, tetapi sebelah malam ada banyak Persembahan Street Show Di Walking Street Pattaya Thailand.

Walaupun sepanjang jalan di Walking Street adalah lokasi aktif aktiviti 18SX, ia tidak menghalang ramai penghibur jalanan mengambil kesempatan untuk melakukan persembahan spontan bagi mencari pendapatan setiap malam.

Persembahan Street Show Di Walking Street Pattaya Thailand
 

walking-street-pattaya
 

Memandangkan pada ketika MrJocko melancong ke Pattaya beberapa tahun lepas, kami menginap di Courtyard by Marriott Bangkok, ia sangat sesuai untuk pelancong jika ke Pattaya. Hanya beberapa meter dari lokasi tumpuan pelancong seperti Walking Street Pattaya, pantai, shopping mall dan banyak lagi tempat menarik di Pattaya.

Waktu siang, tak banyak aktiviti di Walking Street Pattaya. Tetapi bila petang dan malam menjelma, ia mula sibuk dengan banyak aktiviti termasuk cafe, restoran makanan laut, bar, persembahan 18SX dan banyak lagi.

Untuk pengunjung biasa, sepanjang jalan di Walking Street Pattaya, ada banyak pilihan untuk korang lihat termasuk persembahan Buskers, Magic Show dan juga persembahan Acrobatic Show.

Ia persembahan PERCUMA. Namun, jika korang rasa ia menarik, apa salahnya hulurkan sedikit sumbangan kepada mereka yang membuat persembahan tersebut. Ada beberapa persembahan di sini memang menarik dan ia punyai standard antarabangsa. Cuba lihat beberapa aksi magik di sini dan juga kanak-kanak yang begitu berani buat aktiviti akrobatik. Menarik!!!

Video Persembahan ‘Street Show’ di Walking Street Pattaya

Magic Show

Acrobatic Show

Namun, nak ingatkan pelancong, khasnya untuk pelancong dari Malaysia, yang datang dengan keluarga dan anak-anak kecil, aktiviti di kiri dan kanan di sepanjang Walking Street di Pattaya tidak bersesuai dengan anak-anak kecil dan juga moral Orang Islam. Jadi, sebarang kesan sampingan hasil dari lawatan ke sini, adalah menjadi tanggungan sendiri. Harap boleh guna akal yang waras untuk menilai baik dan buruk. 🙂

Maklumat lanjut tentang informasi Walking Street Pattaya boleh baca di Pattaya Walking Street Wikipedia.

Sepanjang jalan di Walking Street Pattaya, boleh tengok persembahan Magik dan Akrobatik PERCUMA!!! Kalau korang baik hari, boleh la hulurkan THB10 atau lebih.
#Throwback #Pattaya #AmazingThailand #TravelBlogger #LifeAsMrJocko

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.