Persembahan The Painters HERO Korea Gabungan Lukisan Muzik
|Sesuatu yang baru bagi MrJocko bila melihat persembahan dari HERO. Persembahan The Painters HERO Korea Gabungan Lukisan Muzik Komedi yang memang berbeza dan akan menakjubkan sesiapa sahaja yang menonton persembahan LIVE ini.
Persembahan pelukis-pelukis HERO ini dipersembahkan kepada kami ketika majlis makan malam di 2018 PyeongChang Olympic FAM Tour Dinner di Gyeonggi Province Korea Selatan.
Persembahan The Painters HERO Korea
Kalau biasa di Korea Selatan, kumpulan ini dikenali sebagai nama HERO. 4 anak muda ini mula mempersembahkan persembahan ‘melukis dengan iringan muzik dan komedi’ ini pada tahun 2013 lagi. Setelah ia mendapat sambutan hangat, ia berjaya mengelilingi dunia membuat persembahan di Hong Kong, Tokyo, Singapore, Beijing, Shanghai, Bangkok dan juga Hollywood.
Kalau korang nak tahu, persembahan Painters HERO dari Korea ini adalah persembahan inovatif yang menggabungkan paparan lukisan sebenar dengan kesan visual, termasuk seni video 3D, disertai dengan muzik, memek muka, tarian dan komedi.
Dari awal lagi, proses melukis yang mereka buat ada kelainan yang tidak dijangka untuk setiap persembahan. Jadi, kalau ke Korea, kalau ada kesempatan untuk melihat persembahan mereka, boleh la korang cuba.
Nak tahu sedikit infor tentang HERO The Painters Korea ini boleh baca di sini – http://www.thepainters.co.kr/eng/contents/sub_a1.html
Note : Gambar diambil menggunakan kamera Sony RX100 Mark4 #RX100M4
Untuk persembahan The Painters HERO kali ini, mereka mempersembahkan persembahan unik melukis secara LIVE ini sekitar selama 30 minit. Lukisan yang terhasil bukan sahaja cantik, tetapi ada unsur surprise yang memang tidak di jangka.
Bayangkan bagaimana satu satu lukisan disambung dan kemudiannya dimatchkan dengan warna dari belakang menjadikan ia seumpama lukisan ‘perfect’ seorang Pelukis Professional dalam masa tak sampai satu jam.
Apa yang MrJocko boleh katakan, semua penonton memang teruja melihat persembahan terbaik dari kumpulan pelukis magic HERO di Korea ini. Satu pengalaman baru dan tidak pernah MrJocko tonton sebelum ini.
InsyaAllah, kalau ada peluang, boleh tonton HERO The Painters lagi samada di persembahan di Korea atau mungkin HERO akan datang ke Malaysia. Siapa tahu kan? Harap pihak Korea Tourism Organization berminat untuk membawa mereka ke Malaysia.
Kalau nak tahu, PyeongChang akan jadi tuan rumah bagi 2018 Winter Olympic. Nak baca pasal PyeongChang boleh baca di entry MrJocko http://www.mrjocko.com/tag/pyeongchang
Note : Gambar diambil menggunakan kamera Sony RX100 Mark4 #RX100M4