Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Persembahan Tradisional Geisha Geiko atau Geigi Di Jepun

Antara yang menjadi tarikan kebudayaan ketika di Jepun ialah dengan menyaksikan Persembahan Tradisional Geisha Geiko atau Geigi di Jepun. Ramai yang mulanya salah anggap tentang peranan Geisha. Sebelum ini ada yang pandang serong mengatakan Geisha adalah sebahagian dari pekerjaannya ialah Pelacur. Ini sebenarnya sama sekali salah.

Wikipedia
Geisha, Geiko, or Geigi are traditional Japanese female entertainers who act as hostesses and whose skills include performing various arts such as classical music, dance, games and conversation, mainly to entertain male customers.

Baca : Rahsia Menarik Di Kabukicho Shinjuku Tokyo Jepun

Persembahan Tradisional Geisha Geiko atau Geigi Di Jepun

Geisha, Geiko atau Geigi adalah penghibur wanita professional untuk Persembahan Tradisi Jepun  dimana mereka  bertindak sebagai ‘pelayan’ dan punyai kemahiran dalam persembahan pelbagai seni seperti muzik klasik, tarian, permainan dan juga perbualan, terutamanya untuk melayan pelanggan lelaki ketika waktu minum atau waktu makan.

persembahan_geisha_jepun

Siapa Sebenarnya Geisha Geiko atau Geigi?

Geisha ini sebenarnya pekerjaan yang menyerupai seperti penghibur kepada penonton mereka. Mereka boleh jadi penyanyi, pelakon, pemain muzik, penari, teman berbual sosial dan teman untuk waktu makan dan minum.

Mungkin untuk lebih mudah kita di Malaysia faham, tugas Geisha ini, ia hampir dekat dengan pekerjaan seperti Penyanyi Dikir Barat di Kelantan dan juga Penyanyi Rodat di Terengganu.

Memang ada sejarah, sebahagian dari Geisha adalah bekas mereka yang ‘nakal’, tetapi, bila mereka berada dalam dunia ‘Geisha’, ia umpama satu perkerjaan professional yang membataskan mereka dengan peraturan yang agak ketat.

Kalau dulu, gadis Geisha, Geiko atau Geigi ini tinggal di sebuah rumah yang di namakan Okiya dan dijaga oleh seorang bekas Geisha. Mereka akan di latih dan di ajar untuk menyanyi, berlakon, menari, bermain muzik dan juga upacara minum teh.

Kumpulan Geisha ini sangat terkenal di kawasan Kyoto Jepun. Tetapi, anda juga boleh menyaksikan persembahan Geisha di Chiba Prefecture kerana mereka juga mempunyai pusat persembahan yang agak terkenal.

Geisha di Kisarazu juga agak unik berbanding Geisha di Kyoto. Ada yang mengatakan ia lahir di Edo sejak tahun 1614 dan terus meneruskan legasi ini sehingga sekarang.

Gadis Geisha

geisha_lady_03 geisha-show-japan

Nak saksikan persembahan Geisha, anda boleh dapatkan pakej Geisha Show ini di wakil-wakil yang ada di sekitar Chiba Prefecture. untuk harga pakej Geisha Show ini adalah berbeza, namum ia boleh dipilih bersamap pakej pelancongan yang lain seperti termasuk pakej Pakaian Kahwin cara Jepun, makanan dan juga tour guide.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati di laman web htpp://www.kisarazu.gr.jp/kisakan-geisya-index.html

 

geisha lady japan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.