persiapan Raya pulak…
|Dlm seminggu dua lagi dah nak raya. Aku sure korang mesti dah prepare brg2 utk raya. Utk yg bujang, senang kot. Cari baju raya, pastu beli kuih raya 2 – 3 jenis. Yg lain pasal mak ayah dah buat kan?
Bg yg dah kahwin, yg dah ader anak, musim raya ni susah jugak la. Perkara pertama, tahun ni nak bali raya kat mana? Aku, tahun ni kena balik JB, umah Mak Mertua daaa…
Kedua, nak kena siapkan baju raya anak2 dan wife. Sib baik wife aku pun keja, so, kongsi2 la kan.
Ketiga, cuti. Setakat hari ni, dr bujang sampai kawin, aku rasa aku tak der masalah ni. Org lain yg keja kat Private or Position yg penting, mesti susah nak cuti kot. Cam boss2 aku kat sini. Kalau diorang cuti, camana business nak jalan, Kan kan kan???
Keempat, Open House. Lepas raya, sure ramai yg buat open house. Nak buat besar ke, kecik ker terpulang la. Tp bagi aku, aku sokong open house ni. Satu hari, kita raikan sedara mara, sahabat serta kwn2 yg ada. Kalau budget besar bleh la tempah dewan, kalau kecik, buat kat umah, jemput kwn2 terdekat ok dah…
Kelima, Perabut, Hias Rumah. Yg ni memang tak lepas dr org perempuan. Time rasa, mesti la nak tgk umah cantik. Sekali sekala dlm setahun. Kalau boleh time ni la nak bagi alasan tukar Perabut baru, nak tukar langsir baru, atau pun nak tukar TV baru dll. Aku tahun ni tak der yg baru kot, smua sama. Cuma aku beli langsir baru utk buat tukar2 dgn langsir utama. Perabut dah cukup, tak yah nak beli baru lagi buat masa ni. Tp, kalau kroang nak cari perabut baru, aku bleh rekemen ke kedai perabut CAVENZI. Mana2 cawangan la. Kalau budget korang sederhana, situ la, Cavenzi tempat yg sesuai. Tapi, kalau budget korang besar, bleh la jenguk2 kat Rozel atau Lorenzo.
Untuk hiasan dalaman, korang memang perlu ke IKEA. Dr segi interior kat hall, bilik tido atau kicthen, memang sesuai dr segi design, modern dan budget yg berpatutan. Saper yg penah ke sana mesti tau yg produk perabut ikea serta interior dia buleh custom made. Korang nak cari bunga, nak cari lukisan, frame gambar, smua ader. Still under budget korang, percaya la…
Keenam, duit raya. Tentu nya time raya ni, nak pakai duit lebih sikit. Nak beli baju baru, atau benda2 lain sebagai tambahan, dan jugak sedikit utk di agihkan kat budak2 yg dtg bertandang ke rumah sebagai duit raya. So, kalau company korang ader bagi extra bonus, duit raya bonus atau pendahuluan bonus sempena raya ni, Alhamdulillah. Syukur. Pada yg tak dapat tu, mesti dr awal2 lagi dah start cari duit sampingan. Jual kuih raya ke, jual tudung raya ker, jual perfume raya ker, macam2 lagi la. jgn jula mercun sudah. Kalau kena tangkap, nanti tak sempat beraya. Kehkehkeh…