Akhirnya, selepas menunggu bertahun-tahun, aku berjaya juga diberi peluang terbang dengan penerbangan Rasmi negara Turkiye ini. Ini pertama kami, pengalaman terbang dengan Turkish Airlines ke Istanbul. Penerbangan terus kali ini, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan mengambil masa sekitar 11 jam 30 minit. Dengan ini, rekod penerbangan personal aku yang sebelum ini selama 8 jam, telah diganti dengan pengalaman pesawat ini. Kalau tidak silap, ia adalah jenis BOEING 777-300ER yang sememangnya sangat selesa.
Tarikh 21 Disember 2023, aku bawa sekumpulan pelancong Malaysia untuk meneroka keindahan Musim Sejuk di Turkiye selama lebih kurang 10 hari. Penerbangan kami kali ini berlepas dari KLIA sekitar jam 10.00 pagi dan sekitar 4.00 petang waktu Turkiye. Laluan kami kali ini meliputi Istanbul – Ankara – Cappadocia – Konya – Pamukkale – Bursa – Istanbul. Ya, memang jauh. Berbaloi dengan pakej harga yang kami tawarkan.
Baca : Pelancongan Selamat Ke Turkiye
Pengalaman Terbang Turkish Airlines Ke Istanbul
Sebesar-besar pesawat ini, memang sentiasa penuh. Alhamdulillah, orang Malaysia, memang suka ke Turkiye, begitu juga sebaliknya. Sebab itu, Turkish Airlines boleh mengadakan penerbangan terus ini dari KLIA ke Istanbul Airport.
Memandangkan penerbangan kami sangat lama, aku selalu ingatkan customer kami untuk rileks dan tenang-tenang saja dalam flight. Rest sebaiknya. Kalau tak tau nak buat apa, tidur adalah sebaik aktiviti. Namun bagi yang kaki movie, ada banyak pilihan filem di dalam penerbangan. Skrin monitor yang besar dan juga selesa dengan Audio Headphone yang disediakan. Pilih je nak tonton apa, InsyaAllah semua ada.
Kalau lapar, boleh minta kudapan atau air dari Cabin Crew. Tapi biasanya tak akan kelaparan sebab penerbangan jauh seperti ini akan menyediakan 2 kali hidangan. Makan tengahari dan juga minum petang sebelum sampai ke airport. Menu yang dihidangkan memang halal, tak perlu risau. Sedap pulak tu. Berbaloi dan Kenyang!
Manifest dan susunan kerusi penerbangan ini 3-4-3. Ruang pejalan kaki agak luas, lavatory yang banyak dan juga agak luas di dalamnya. Kalau rasa nak segar, try cuci muka dan segarkan diri dengan wangian percuma yang diletakkan di dalam penerbangan ini.
Kami mendarat dengan selamat mengikut jadual. Dari gate arrival ke pintu Imigresen dan Bagasi agak jauh. Maklumlah ia sangat besar. Namun, susunan laluan urusan check-out sangat mudah dan tersusun. Tak lama, tak sampai 30 minit kami dah sampai di ruang keluar. Tak sabar nak teroka Turkiye.
Jika ditanya, apa pengalaman terbang Turkish Airlines? Aku akan kata, mesti cuba. Antara menu makanan yang sedap dan servis Cabin Crew yang sangat peramah.
Serius, Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul ini memang sangat besar. Ia sememangnya antara hub jaringan penerbangan yang menghubungkan banyak penerbangan dari Asia dan Eropah. Umpama ruang membeli belah yang luas, korang tak akan bosan jika berada di dalam terminal Istanbul Airport, Turkiye.