Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sekitar Pertandingan Cabaran Raja Tarik F&N Siapa Juara

Sekitar Pertandingan Cabaran Raja Tarik F&N Siapa Juara. Bagi peminat Teh Tarik atau minat untuk sertai Cabaran Raja Tarik F&N 2014, anda boleh serta Cabaran Raja Tarik 2014 bermula esok, 26 April 2014 bertempat di Mydin USJ. Anda boleh datang dan daftar untuk sertai peringkat pusingan Cabaran Raja Tarik F&N 2014 di lokasi yang telah di tetapkan.

Pertandingan cara buah teh tarik ni bukan nya selalu diadakan. Namun, ia bukan lah asing bagi orang Malaysia. Cuma kali ini, ia dianjurkan oleh syarikat yang membuat susu krimer manis terkenal di Malaysia.

pertandingan cabaran raja tarik fn 2014

Untuk anda yang berminat untuk melihat kehebatan ramai peserta yang akan mencuba nasib dan menunjukkan skil-skil cara membuat teh tarik, boleh la singgah. Anda boleh ke Mydin USJ, Selangor pada 26 April, Giant Hyper Bayan Baru pada 4 Mei, Giant Tampoi, Johor Bahru pada 10 Mei, Berjaya Megamall, Kuantan pada 17 Mei, 1Borneo Megamall, Kota Kinabalu pada 23 Mei dan di Plaza Merdeka, Kuching pada 25 Mei 2014.

Yang berminat nak masuk pertandingan, ini peluang korang untuk rebut Hadiah Pertama sejumlah Wang Tunai RM10,000, Hadiah Kedua RM5,000, Hadiah Ketiga RM3,000 dan 7 Hadiah Saguhati bernilai RM1,000 setiap satu menanti anda untuk dimenangi.

Baca : Pelbagai Peraduan dan Contest di Blog MrJocko

Saksikan juga aksi menarik mereka di Rancangan Cabaran Raja Tarik F&N menerusi saluran TV3, setiap Rabu dan Khamis bermula 21 Mei hingga 12 Jun pada jam 7.55 malam.

Saksikan aksi unggul Peringkat Akhir Cabaran Raja Tarik 2014 pada hari Jumaat 27 Jun 2014 pada jam 6.30 petang.

Saksikan Video Pertandingan Akhir Raja Tarik F&N di pautan YouTube ini.

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.