Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pertunjukkan Colour Of The Birds Di Safari Wonderland A’Famosa Resort

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa di dalam Safari Wonderland, A’Famosa Resort terdapat banyak pertunjukkan haiwan seperti Gajah, Kuda, Burung dan lain-lain. Semestinya, antara pertunjukkan haiwan yang menarik perhatian my kids ialah Colour of The Birds di dalam Safari Wonderland, A’Famosa Resort.
Pertunjukkan Colour of The Birds ini akan bermula pada jam 12.00 tengahari dan juga jam 3.45 petang setiap hari. Dalam pertunjukkan ini anda akan melihat aksi burung Kakak Tua, Burung Helang Putih, Burung Bangau dan juga pelbagai jenis burung yang berwarna-warni menghiburkan anda semua dengan aksi masing-masing.
Pertunjukkan yang memakan masa selama hampir 45 minit ini sememangnya salah satu aktiviti dan show yang ditunggu-tunggu oleh pengunjung di Safari Wonderland, A’Famosa Resort.

agoda_ad_client = “1718703_11396”;
agoda_ad_width = 468;
agoda_ad_height = 90;
agoda_ad_language = 1;
agoda_ad_country = 198;
agoda_ad_city = 15121;

Harga Tiket masuk ke Safari Wonderland di A’Famosa Resort ini ialah RM46 untuk dewasa dan RM36 untuk kanak-kanak pada hari biasa. Untuk hujung minggu dan juga cuti umum harga tiket masuk ialah RM49 untuk dewasa dan RM39 untuk kanak-kanak.
Safari Wonderland di A’Famosa Resort Melaka ini dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.