Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Perusahaan Batik Di Simpang Empat Perlis Sensasi Batik Asfa

Sebut pasal batik, ia memang terkenal di Kelantan dan Terengganu. Tetapi jangan terkejut kerana ada beberapa pengusaha batik agak terkenal di Perlis. MrJocko berpeluang untuk singgah dan menemubual pemilik Perusahaan Batik Di Simpang Empat Perlis Sensasi Batik Asfa, Encik Fauzi. Sesi temubual ini akan dimasukkan di dalam salah satu episod Nota Kembara Bersama MrJocko nanti.

Memang pemilik perusahaan batik ini, Encik Fauzi berasal dari Kelantan. Tetapi katanya, beliau cuma bermula dalam industri batik ketika menetap di Perlis.

Nak cari Batik di Perlis?

Baca : Taman Ular Perlis Tempat Menarik Untuk Semua

 


Perusahaan Batik Di Simpang Empat Perlis

Perusahaan Batik Di Simpang Empat Perlis Sensasi Batik Asfa
 

Kalau anda berada di Perlis, anda boleh cuba ke Sensasi Batik Asfa yang terletak di pekan Simpang Empat, Perlis. Pemiliknya memang antara pengusaha batik yang terkenal di Perlis. Selain dari jualan biasa, beliau turut mengambil bahagian dalam banyak acara yang melibatkan Kraftangan dan Industri Tradisional di serata Malaysia, khususnya negeri Perlis.

Banyak juga MrJocko belajar tentang pembuatan batik di Perlis oleh Encik Fauzi. Ketara, beliau masih lagi seorang yang masih mengekalkan tradisi batik lukis yang memang menjadi pilihan ramai peminat batik di Malaysia.
 

Perusahaan Batik Di Simpang Empat Perlis Sensasi Batik Asfa

Perusahaan Batik Di Simpang Empat Perlis Sensasi Batik Asfa Perusahaan Batik Di Simpang Empat Perlis Sensasi Batik Asfa Perusahaan Batik Di Simpang Empat Perlis Sensasi Batik Asfa Perusahaan Batik Di Simpang Empat Perlis Sensasi Batik Asfa
 

Kalau di ikutkan, batik yang dihasilkan oleh Encik Fauzi ni sama sahaja dengan batik di tempat lain. Tetapi, kesungguhan beliau dalam memperkenalkan, mempromosikan serta menghidupkan batik di Perlis sebagai salah satu industri memang patut disokong dan diberikan pujian.

Bukan senang nak menghidupkan sesuatu di kawasan yang bukan kebiasaannya. Namun katanya, beliau mendapat banyak tempahan dan belian dari penduduk sekitar termasuk dari negeri Kedah dan Pulau Pinang. Tempahan korporat juga ada dan ia memberikan semangat lagi untuk beliau untuk terus membuat batik lukis di Perlis.

Untuk anda yang berminat nak beli batik, nak tempah atau nak borong banyak, boleh terus hubungi beliau di alamat kilang operasi mereka :

Fauzi Mamat & Yasmoon Hamad Musa
Sensasi Batik Asfa
S-9A Jalan Dato’ Ahmad Musa
02700 Simpang Empat
Perlis Indera Kayangan

No Telelefon : +60124743703 / 60174323798

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.