Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pesawat MH192 KL Bangalore Alami Kerosakan

Pesawat MAS MH192

 

Berita Terkini

Malaysia Airlines MH192, penerbangan Pesawat MH192 KL Bangalore terpaksa membuat u-turn kembali kerana sewaktu naik tayar pecah dan menyebabkan gear landing rosak. Pesawat belum mendarat kerana dikhuatiri akan menyebabkan keadaan yang lagi teruk atau mungkin akan terbakar. Hanya dengan menghabiskan minyak di dalam tangki dan membuat pendaratan kecemasan sahaja adalah cara yang boleh dibuat.

Sebab dan punca tayar pecah belum dapat dipastikan lagi. Ia akan disiasat selepas ini. Kalau MrJocko berada di dalam pesawat MH192 ini pun, sudah pasti akan terasa sangat panik. Sangat bahaya bila mendarat dalam keadaan tayar yang sudah pecah dan gear mendarat yang rosak. Tak boleh bayangkan perasaan penumpang ketika ini.

Dalam masalah seperti ini, sudah pasti tugas juruterbang, cabin crew, menara kawalan dan beberapa pihak lain seperti lapangan terbang perlu bersedia sebaik mungkin untuk memastikan pesawat MAS ini selamat mendapat tanpa bencana yang lebih besar.

Terkini Pesawat MH192 KL Bangalore sedang mencuba menghabiskan minyak dalam tangki dan berlegar-legar diruang udara Kuala Lumpur dengan ketinggian 7000kaki. doakan supaya semua selamat..Allahumma Yassir Wala Tu a’ssir.. Amiin..

#prayforMH192 Maklumat lanjut, kita tunggu pengumuman rasmi pihak Malaysia Airlines.

UPDATED 8.30am Isnin 21 April 2014

Pemangku Menteri Pengangkutan Dato Seri Hishamuddin memaklumkan melalui Twitternya bahawa Pesawat MH192 KL Bangalore selamat membuat pendaratan cemas di KLIA.

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.