Senarai Nama Peserta Maharaja Lawak Mega 2013
|Senarai Nama Peserta Maharaja Lawak Mega 2013. Semalam sudah berlangsung minggu pertama program MLM2104 di Astro Saluran Warna 132. Kali ini MLM 2013 akan menampilkan ramai pelawak baru yang akan bersaing merebut Juara Maharaja Lawak Mega 2013 di akhir episod. Siapa juara Maharaja Lawak Mega 2013 pilihan anda?
Pelawak yang menyertai rancangan Maharaja Lawak Mega 2013 ini terdiri dari kumpulan Comey, Kucai, Bocey, Gerak, SYJ, Saywho, Mamu, Zero, Wala, Tulang, Shiro, Boboi, Nabil sebagai perserta individu, Jambu dan juga Sepahtu. Kalau mengikut persembahan minggu pertama, MrJocko jangkakan bahawa Sepahtu ada peluang besar untuk menang sebagai Juara Maharaja Lawak 2013.
Baca : Maharaja Lawak Mega 2012
Lawak Sepahtu dalam sketsa mesyuarat kampung semalam memang menggamatkan dewan MBSA dan MrJocko kat rumah, hahaha…
Senarai Nama Pelawak Maharaja Lawak Mega 2013
Dalam ramai-ramai peserta Maharaja Lawak Mega 2013, ingatkan ada peserta seperti Man Raja Lawak, Amir dan Abon, tetapi nampaknya kelibat mereka tidak termasuk dalam senarai peserta tahun ini. Mungkin dalam program Maharaja Lawak Mega tahun depan 2014.
Rata-rata persembahan pembukaan minggu pertama MLM 2014 semalam memang terbaik. Diharapkan untuk minggu-minggu seterusnya, lawak yang ditampilkan mereka akan terus meningkat darisegi kualiti dan lebih baik untuk hiburan penonton.
Untuk anda peminat rancangan seperti ini, jangan lupa saksikan Maharaja Lawak Mega 2013 di Saluran Astro Warna 132 setiap Jumaat, jam 10.00 malam.
Glamorous MrJocko