Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Peserta Muslim Masterchef Australia Season 4 Amina Elshafei

Amina Elshafei Masterchef Australia

 

Tengah duk lepak layan saluran LIFE, Saluran 709 Astro, MrJocko terlihat ada program MasterChef Australia Season 4, tahun 2012. Dalam ramai-ramai peserta yang ada, mata MrJocko tertarik kepada seorang wanita yang bertudung dan diberi nama Amina Elshafei, kelahiran kacukan Arab dan Korea Selatan.

Amina nampaknya memang antara peserta yang tahu memasak dan antara yang terawal masuk dalam senarai 30 peserta MasterChef Australia Musim 4. Masa MrJocko tengok, mungkin minggu pertama dan malam ni malam 1st Immunity Challenge untuk ulangan MasterChef Australia Musim 4 ini.

Amina memang ada bakat dan sangat berminat untuk membuka restorannya sendiri yang berkonsepkan Middle East. Tapi sayangnya beliau terkeluar pada Episod ke 53 dalam minggu ke 9. Itu info yang MrJocko dapat dari laman web rasmi MasterChef Australia.

Memandangkan MasterChef Australia Musim 4 dah lama tamat, kini di sana sudah bermulanya MasterChef Australia Season 5, khabarnya ada juga wakil Muslimah yang turut sama dalam pertandingan tersebut. Nanti MrJocko tengok info kat sana, siapa peserta wanita Muslim yang ada dalam senarai Top List MasterChef Australia Musim 5.

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.