Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pesta Makanan Thailand Di Lumphini Park Bangkok

Thailand memang dah dikenali dengan ribuan menu asli yang terbaik di dunia. Rata-rata pelancong seluruh dunia ramai menobatkan Thailand, syurga makanan dunia buka sahaja sebab kepelbagaian menu mereka, malah dengan hidangan yang berpatutan. Tidak hairanlah, di pusat bandar seperti ini, penganjur seringkali menganjurkan Pesta Makanan Thailand Di Lumphini Park Bangkok. Ia pesta makanan yang dibuka kepada semua pengunjung sehingga lewat malam.

Kerap kali kalau saya berkunjung ke Bangkok, pasti akan ada sahaja ‘event’ yang berlangsung di sini. Dan, setiap kali ia dianjurkan, ia menjadi tumpuan rakyat Thailand dan juga pelancong untuk merasai sendiri pengalaman yang menarik, menu asli Thailand serta kebudayaan negara Gajah Putih ini.

Baca : Pelancaran Thailand Tourism Festival di Bangkok

 


Pesta Makanan Thailand Di Lumphini Park Bangkok

Pesta-Makanan-Thailand-Di-Lumphini-Park-Bangkok-03 copy
 

Ratusan buah gerai disediakan di sepanjang kaki lima dan juga sepanjang jalan di Lumphini Park. Walaupun sebahagian lagi disediakan ruangan khas untuk penduduk bandar menjalankan aktiviti kesihatan seperti berjogging, berbasikal, gym terbuka dan aktiviti sukan yang lain, ia tidak menggangu ruang untuk Pesta Makanan yang hebat ini.

Menu dari segala ceruk daerah Thailand akan diperkenalkan di sini dan dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Jika anda kaki makan, Pesta Makanan Thailand ini pasti aktiviti yang mesti anda cuba.

Dari menu makanan berat seperti Tomyam, Ikan Kerapu, Mee Sup, Nasi Goreng Pattaya dan banyak lagi menu lain, anda juga boleh mendapatkan menu makanan kudapan untuk mereka yang sedang diet.

Pilihan kuih muih dan manisan juga banyak termasuk menu air buah serta menu air popular masa kini, semuanya ada di jual di Pesta Makanan Thailand ini.
 

Pesta-Makanan-Thailand-Di-Lumphini-Park-Bangkok-01

Pesta-Makanan-Thailand-Di-Lumphini-Park-Bangkok-02

Pesta-Makanan-Thailand-Di-Lumphini-Park-Bangkok-04

Pesta-Makanan-Thailand-Di-Lumphini-Park-Bangkok-06

Pesta-Makanan-Thailand-Di-Lumphini-Park-Bangkok-08
Tasik Lumphini Park

Pesta-Makanan-Thailand-Di-Lumphini-Park-Bangkok-09

Pesta-Makanan-Thailand-Di-Lumphini-Park-Bangkok-10

Pesta-Makanan-Thailand-Di-Lumphini-Park-Bangkok-11
 

Untuk pelancong Muslim, jangan risau kerana di beberapa lokasi gerai di sini, ada ramai peniaga yang menjual menu Halal Muslim dan juga menu Friendly Muslim. Kebanyakkan mereka senang dikenali dengan menggunakan Warna Hijau di gerai mereka serta kadang-kadang meletakkan Lambang Bulan dan Bintang. Jika nak lagi yakin, sila beri salam, Assalamualaikum. Jika mereka menjawab Salam tersebut, InsyaAllah menu mereka adalah menu yang Halal.

Untuk info, di Bangkok juga mempunyai ramai peniaga makanan Muslim di sekitar kaki lima bandaraya Bangkok. Cari sahaja Sighboard berwarna hijau, sebagai Tips Travel Halal Muslim.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.