Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pesta Wau Antarabangsa Ke-33 Negeri Kelantan 2015

Pesta Wau Antarabangsa yang selalu dianjurkan di Kelantan semakin lama semakin menarik dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Tambah lagi, keunikkan ‘wau’ atau layang-layang yang terhasil dari negeri Kelantan ini sebenarnya punyai identiti sendiri dan sangat berbeza dari ‘wau’ negeri lain di Malaysia.

Sebab itu, tarikan untuk tarikan pelancong ke Pesta Wau Antarabangsa Negeri Kelantan memang di akui oleh ramai dan ia memang di tunggu setiap tahun kerana kemeriahan pelbagai acara sampingan lain semasa ia dijalankan.

Tahun 2014 yang lepas ketika Pesta Wau Antarabangsa Ke-32 sebanyak 16 buah negara menyertai melibatkan peserta antarabangsa seramai 33 orang. Peserta luar negara seperti Amerika Syarikat, New Zealand, Itali, Jerman, Sweden, Macau, China dan lain-lain. Manakala peserta kebangsaan dari seluruh Malaysia seramai 120 orang.

Baca : Kalendar Aktiviti Pelancongan Negeri Kelantan

 


Pesta Wau Antarabangsa Ke-33 Negeri Kelantan 2015

Tahun ini, 2015, sempena dengan Pesta Wau Antarabangsa Ke-33 di Negeri Kelantan, akan menyaksikan lebih 120 peserta tempatan dan 47 peserta antarabangsa dari 18 negara serta aktiviti-aktiviti yang menarik, ini akan menjadi satu perayaan ‘pesta wau’ yang terbesar di Malaysia. Langit adalah had di tahunan 5 hari Kelantan Antarabangsa Wau Festival. Colourful ‘Wau’ (layang-layang gergasi) yang pelbagai bentuk dan saiz akan melukis langit waktu makanan hebat akan membangkitkan selera anda. Akan ada pelbagai jenis kraf pemburu cenderamata.

pesta wau antarabangsa kelantan 2015 01

Playing Wau
Pesta Wau Antarabangsa Kelantan

Sepanjang acara ini, pengunjung boleh menikmati persembahan kebudayaan dan pertandingan ‘dikir barat’ yang disediakan khas sempena dengan perayaan Pesta Wau ini.

Pihak berwajib sepatutnya perbanyakkan lagi program-program seperti ini di dalam jadual aktiviti Tourism Kelantan (Pelansongan Kelantan) Ini kerana, sudah terbukti, bahawa program-program seperti ini akan merancakkan lagi pertumbuhan dalam industri perhotelan, makanan dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) masyarakat Malaysia amnya dan Kelantan khasnya. Hasil dari pendapatan aktiviti pelancongan bukan sahaja menjana ekonomi rakyat setempat, tetapi ia boleh memberikan hasil cukai yang bagus untuk pembangunan ekonomi setiap negeri

Jom ramai-ramai datang ke Kelantan sempena dengan Pesta Wau Antarabangsa 33 Negeri Kelantan yang akan berlangsung pada 25 Mei – 30 Mei 2015, selama 5 hari di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan.

Mungkin anda nak tahu apa lagi yang menarik di Kelantan? Layari laman Facebook mereka di sini Tourism Malaysia Kelantan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.