Site icon Travel Blogger Malaysia

Bila Peti Ais Penuh Dengan Koleksi Fridge Magnet Apa Nak Buat

Tengok peti ais kat rumah, dah mula nampak macam semak. Tetapi ini antara kebanyakkan hobi sesetengah orang di Kuala Lumpur. Mereka selalu lekatkan pelbagai jenis fridge magnet, khususnya frideg magnet travel dari luar negara. Tak kiralah beli sendiri ketika travel atau dihadiakan oleh kawan-kawan, pasti ramai yang suka benda ni.Bila Peti Ais penuh dengan koleksi Fridge Magnet apa nak buat?

Rasanya ramai yang suka kumpul fridge magnet dan susun di pintu peti ais masing-masing. Tak kira la fridge magnet yang beli sendiri atau hadiah dari rakan-rakan, ia memang menjadi koleksi peribadi dan kesayangan.  Bila Peti Ais Penuh Dengan Fridge Magnet apa korang buat?

Baca : Tempat Beli Cenderahati Murah di Seoul Korea Selatan.

 


Koleksi Fridge Magnet Di Rumah

Bila Peti Ais penuh dengan koleksi Fridge Magnet
 

Koleksi souvenir pelbagai jenis magnet MrJocko yang disimpan sejak 10 tahun yang lepas sudah hampir penuh. Ia adalah fridge magnet koleksi peribadi yang dibeli semasa melancong di lokasi-lokasi pilihan dan juga hadiah rakan-rakan yang bercuti seluruh negara. Sesetengah koleksi cenderahati magnet ni agak sentimental value dan ada kenangan sendiri.

Ada koleksi pelbagai magnet yang MrJocko simpan ini berharga semurah RM1 dari Chiang Mai dan paling mahal dari Tokyo Uyeno Hard Rock dengan harga RM45. Yang lain, ada juga koleksi yang diberikan oleh rakan-rakan ketika travel ke luar negara.

Tak kira mahal atau murah, anda mesti sayangkan souvenir fridge magnet yang anda ada kan? Ia hobby yang mudah, murah tak tak membebankan. Kalau pandai cari, ada banyak koleksi cenderahati magnet ini berharga cuma sekitar RM1 sahaja. Lepas tu pulak, ada banyak pilihan dan punyai kualiti yang sangat cantik.

Jadi, jikalau fridge magnet di rumah anda dah penuh, maka kena cari alternatif baru untuk simpan koleksi tersebut. Cadangan saya, paling mudah, cari papan putih yang berteraskan alumium dan boleh melekat fridge magnet ini. 🙂

Exit mobile version