Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Peti Sejuk Mitsubishi LX Grande Ada Kehebatan Teknologi Pintar

Inovasi terkini dari Mitsubishi Electric memperkenalkan produk ‘home living’ kegunaan rumah yang lebih berbaloi untuk dimilikki. Memperkenalkan produk terbaru Peti Sejuk Mitsubishi LX Grande Ada Kehebatan Teknologi Pintar. Bukan sahaja dengan ciptaan rekaan yang cantik dan elegan, tetapi ia mempunyai ciri-ciri terbaik untuk pemiliknya.

Mengikut kata ramai pengguna Peti Sejuk Mitsubishi LX Grande, model terbaru ini bukan sahaja untuk penyimpanan makanan sahaja, tetapi ia lebih kepada ‘alat untuk pengurusan’ makanan segar yang menjadikan ia lebih mudah dan kemas.

MrJocko turut sama dalam majlis pelancaran model terbaru Peti Sejuk Mitsubishi LX Grande. Kali ini, syarikat Mitsubishi Electric Group memperkenalkan model LX Grande, peti sejuk 4 pintu yang seumpamanya di Malaysia. Produk ini antara produk yang menjadi pendahulu dalam inovasi peti sejuk 4 pintu dengan tambahan fungsi drawer yang lebih memukau.

Baca : Produk Mitsubishi Mesra Alam Sekitar

 


Peti Sejuk Mitsubishi LX Grande Ada Kehebatan Teknologi Pintar

Peti Sejuk Mitsubishi LX Grande
Peti Sejuk Mitsubishi LX Grande

 

“Memenuhi ‘corporate statement’ syarikat Mitsubishi Electric, ‘berubah kepada yang lebih baik’, yang mana Peti Sejuk Mitsubishi LX Grande bakal memberikan kehidupan yang lebih baik setiap hari dengan inovasi produk yang lebih pintar”, kata En Hiroaki Ashizawa, Managing Director of Mitsubishi Electric Sales Malaysia Sdn. Bhd. (MESM).

With its utter luxury appearance, Mitsubishi Electric’s LX Grande strikes with its stunning glass door design with modernized LED control panel which is hidden from sight, but unveils itself simply with a gentle touch. Offering an immense internal storing space of 630L makes LX Grande ultimate to accommodate ones groceries shopping and pre-meal preparation storage. Food storage organization made easier with its drawer compartment design – Mitsubishi Electric Malaysia

 

Peti Sejuk Mitsubishi LX Grande
Pelancaran Peti Sejuk Mitsubishi LX Grande

Peti Sejuk Mitsubishi LX Grande

 

 

MrJocko lihat sendiri ruang dalam peti sejuk #LXGrande ini. Memang luas. Setiap bahagian menyediakan ruang khas untuk simpanan ruang sejuk beku di bawah, ruang Supercool Chilling, simpanan sayur dan buah-buahan, simpanan tepi untuk minuman dan makanan dalam botol atau tin, serta beberapa ruang untuk simpanan makanan segera yang lebih luas. Sebagai contoh, kalau simpan Pizza, ia memang muat dan tak perlu dilipat.

Untuk ruang simpan buah dan sayur pun luas. jadi, lepas ni boleh letak banyak-banyak buahan. Kami sekeluarga memang setiap minggu beli pisang, epal, buat lai, betik dan juga buah mangga. Kalau guna peti sejuk Mitsubishi LX Grande ni,  sangat la sesuai.

Kami sekeluarga ada 5 orang, kalau simpan makanan untuk seminggu antara 5 – 7 hari, memang sesuai dan memang kekalkan khasiat makanan.

Antara fungsi terbaik model Peti Sejuk Mitsubishi LX Grande ini termasuk :

  1. Lebih kepada penyimpanan makanan. Ia mengekalkan kesegaran makanan yang tersimpan untuk mengekalkan juga sumber yang ada pada makanan tersebut.
  2. Ruang penyimpanan makanan yang lebih luas dengan saiz sebesar 630 Liter, bukan sahaja cukup untuk simpan makanan segar selama seminggu bagi 5 orang, tetapi ia lebih mudah dan lebih seronok dengan ruang yang selesa.
  3. Ada fungsi ‘Supercool Chilling Technology’ khas buat simpanan makanan laut, daging dan ayam yang membolehkan pengguna simpan dan keluarkan untuk di masak terus tanpa menunggu lama untuk ‘defrost’
  4. Fungsi teknologi “Vitamin Factory” yang memberikan kualiti simpanan terbaik.
  5. Penggunaan yang Mesra Alam.
  6. Punyai ruang untuk fungsi ‘Auto Ice Maker” sesuai untuk udara yang panas
  7. Ruang penyimpanan yang lebih selamat dan mengelakkan dari pencemaran bakteria merbahaya.
  8. Penggunaan yang Jimat Kuasa dan Senyap

Baca : MrJocko Dan Peralatan Mitsubishi

Peti Sejuk Mitsubishi LX Grande
Antara Peti Sejuk LX Grande Model Terdahulu
Peti Sejuk Mitsubishi LX Grande
Supercool Shilling
Peti Sejuk Mitsubishi LX Grande
Ruang Yang Luas

Peti Sejuk Mitsubishi LX GrandePeti Sejuk Mitsubishi LX Grande

 

Paling disukai oleh pemilik peti sejuk ini ialah model LX Grande ini senang dibersihkan dan tidak mengeluarkan bau yang kurang senang. Ini kerana teknologi pintar produk Mitsubishi LX Grande ini membolehkan pemilik membersih ruang dan bahagian air di bawah dengan mudah.

Berminat nak beli peti sejuk baru? Nak bagitahu, bahawa model Mitsubishi LX Grande ini mempunyai 2 pilihan warna yang cantik, boleh disesuaikan dengan warna dan rekaan dalaman rumah korang. Harga runcit untuk model peti sejuk Mitsubishi LX Grande dijuak di Malaysia dengan harga RM 5,959.

Maklumat lanjut, boleh layari www.mitsubishielectricmalaysia.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.