Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Petua Jemur Cahaya Matahari Pagi Elak Penyakit Kuning

Pernah dengar Petua Jemur Cahaya Matahari Pagi Elak Penyakit Kuning? Untuk bayi yang baru lahir, memang digalakkan untuk dijemur di bawah cahaya matahari pagi. Ini bukan sahaja petua orang-orang tua, malah di akui sendiri oleh pakar kanak-kanak. Cahaya matahari pagi akan membantu mengelakkan bayi baru lahir dari penyakit kuning.

Hari ni hari kedua baby MrJocko kat rumah dan baru nampak cahaya matahari pagi. Sempatlah jemur si kecik ni di bawah sinaran matahari pagi. Harap-harap selepas beberapa hari ni, baby akan selamat dari penyakit kuning.

Petua Jemur Cahaya Matahari Pagi

Petua Jemur Cahaya Matahari Pagi
Petua Jemur Cahaya Matahari Pagi Elak Penyakit Kuning

Tips untuk jemur bayi di bawah matahari pagi ni tak perlu lama, cukup selama 15 minit sahaja. Nak jemur, pastikan cahaya matahari di awal pagi jam 7 hingga 8 pagi.

Kalau tak silap, matahari pagi ada banyak Vitamin D. Asalnya ProVitamin D dalam badan, diubah jadi Vitamin D oleh cahaya matahari.

Pada keadaan-keadaan tertentu, bayi yang mengalami ikterus atau kuning waktu lahir, dianjurkan untuk dijemur setiap pagi sebelum pukul 10.00 pagi. Manfaat pada sinar cahaya matahari di bawah pukul 10.00 pagi, terdapat manafaat ‘blue light’ yang membantu mengolah zat kuning tersebut hingga nantinya dikeluarkan tubuh melalui BAK atau BAB. Sebaiknya, jemur si bayi dalam keadaan telanjang, baik punggung maupun dadanya, sekitar setengah jam sahaja.

Masa jemur bayi, jangan la pula tinggalkan dia berkeseorangan. Kena la ada seorang dewasa untuk berada di sebelah untuk memantau keadaannya. Jaga elok-elok sebab kalau terlalu lama kesian pulak kat baby, nanti panas.

Mesti ada yang tanya kenapa jemur baby baru lahir di bawah sinaran matahari pagi? Ini kerana cahaya matahari pagi mempunyai Vitamin D yang asli. Bukan senang nak beri bayi baru lahir makan vitamin, jadi cara mudah dan terbaik ialah dengan cara menjemur bayi di bawah matahari pagi.

Kalau anda ada bayi yang baru lahir, cuba lah. InsyaAllah ia mujarab untuk elakkan bayi dari terkena penyakit kuning.

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.