Piala Paling Mahal Di Wisma FAM Kelana Jaya
|Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa di bangunan Wisma FAM, Kelana Jaya ada tersimpan Piala paling Mahal di Wisma FAM Kelana Jaya, dalam arena Bolasepak Malaysia. Piala ini menjadi kebanggaan Pemain, FAM dan juga rakyat Malaysia kerana ia antara merupakan kejayaan terbesar Pasukan Bolasepak Malaysia sejak dari dulu lagi. Piala apa yang paling mahal di Wisma FAM?
Kalau anda nak tahu, piala yang dimaksudkan itu ialah Piala AFF Suzuki 2010. Piala tersebut Malaysia menangi pada kejuaraan AFF Suzuki Cup 2010. Ia piala kebanggaan semua.
Kalau anda salah seorang dari jutaan peminat Bolasepak Malaysia, anda boleh melawat Gallery Piala yang dipertontonkan di Lobi Bangunan Wisma FAM, Kelana Jaya ini. Ada pelbagai koleksi piala yang pernah menjadi kebanggaan kita, sejarah FAM dan beberapa info tentang bolasepak Malaysia.
Ambil masa, ambil peluang untuk kenali sejarah bolasepak Malaysia dan mungkin ia memberikan anda satu semangat baru.
Glamorous MrJocko