Gambar Dan Keputusan Piala Sultan Ahmad Shah 2013 Kelantan vs ATM
|Ini entry Gambar Dan Keputusan Piala Sultan Ahmad Shah 2013 Kelantan vs ATM. Persaingan merebut juara dan piala dalam kancah bolasepak Malaysia kini bermula dengan perlawanan antara pasukan Kelantan vs ATM bagi merebut juara dan Piala Sumbangsih iaitu Piala Sultan Ahmad Shah yang berlangsung pada Sabtu 5 Januari 2013 di Stadium Shah Alam.
Secara personal, agak frust dengan perlawanan Kelantan FA malam ini dengan ketiadaan Khairul Fahmi Che Mat dan juga penyerang baru Dimi Petratos.
Keputusan Piala Sultan Ahmad Shah 2013 Kelantan vs ATM
Tambah kecewa bila performance Kapten Pasukan Piya seakan bukan di tahap sebenar. Banyak peluang yang terlepas walaupun dah terbuka luas. Kegagalan Rizal dan Daudsu menyempurnakan sepakan Penalti pada Penalti Penentuan juga amat mengecewakan.
Akhirnya, keputusan penuh perlawanan Perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah antara Kelantan dan ATM berakhir dengan kemenangan kepada pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan keputusan Kelantan 1 – 1 ATM tetapi berpihak kepada ATM selepas keputusan Penalti 3 gol berbalas 4 dari pasukan ATM.
Sumber Gambar : Facebook Kamarul Akhir
mat yo tadop..
Patut Petratos tu main, tapi tak tau plok bakpo tak masuk
tak pat la kelate nk buat double trouble mable wareva taun ni…sekian
buat double jer la… ekekeke