Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Siaran Langsung Perlawanan Piala Sumbangsih 2013 Kelantan Vs ATM

Malam ini, 5 Januari 2013 akan berlangsungnya Siaran Langsung Perlawanan Piala Sumbangsih 2013 Kelantan Vs ATM atau juga dikenali sebagai Piala Sultan Ahmad Shah.

Ia juga menandakan bermulanya musim baru bolasepak tempatan dan akan menyaksikan kehebatan pemain-pemain negara kita beraksi di dalam persaingan Liga dan juga saingan Piala Malaysia.

Pasukan favourite MrJocko Kelantan atau The Red Warriors ini akan menentang pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Shah Alam pada jam 8.45 malam. Tak ada Astro anda boleh lihat perlawanan Kelantan vs ATM ini melalui Live Streaming.

 


Siaran Langsung Perlawanan Piala Sumbangsih 2013 Kelantan Vs ATM

PERLAWANAN PIALA SUMBANGSIH 2013 KELANTAN VS ATM

PERLAWANAN PIALA SUMBANGSIH 2013 KELANTAN VS ATM 2
 

Semestinya kali ini MrJocko lebih yakin dengan kekuatan jentera Red Warriors yang baru kerana dalam perlawanan persahabatan sebelum ini, mereka berjaya menumpaskan Perlis dan Kedah dengan jaringan yang banyak.

Walaupun Kelantan tanpa kehadiran Norshahrul Idlan Talaha dan Ghaddar yang telah berpindah ke pasukan lain, serta Khairul Fahmi yang tidak dapat bermain pada malam ini, rasanya pengganti mereka boleh menggalas tugas berat ini.

Dimi Petratos selaku penyerang setakat ini dikatakan menyegat. Penjaga gol pula, mungkin akan menyaksikan Norhadi Ubaidillah akan beraksi pada malam ini.

Jangkaan keputusan perlawanan Piala Sumbangsih 2013 antara Kelantan vs ATM mungkin akan berpihak kepada Kelantan dengan keputusan Kelantan 3 – 1 ATM.

Siaran Langsung Perlawanan Piala Sumbangsih 2013 Kelantan Vs ATM

Siaran Langsung Perlawanan Piala Sumbangsih 2013 Kelantan Vs ATM

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.