Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Iceland Menjadi Pilihan Pelancong Tahun 2016

Mungkin ramai antara pengembara yang sudah sampai ke Iceland. Beberapa tahun ini, banyak dikongsikan gambar-gambar indah percutian ke Iceland, termasuk gambar indah cahaya Aurora yang memang memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Mungkin, sebab ini antara ramai pelancong ingin melancong ke Iceland. Kenapa Iceland Menjadi Pilihan Pelancong Tahun 2016?

Ramai yang berpendapat sebelum ini, Iceland antara pilihan perjalanan bajet kini semakin dikenali ramai dan semakin menuju kepada destinasi pilihan pelancongan mewah. “Luxury Travel Guide” memilih negara Iceland sebagai destinasi pilihan utama pelancong untuk perjalanan tahun ini 2016.

Baca : Destinasi Pelancongan Popular di Eropah

 


Negara Iceland Menjadi Pilihan Pelancong Tahun 2016

Walaupun Iceland sebuah negara pulau yang kecil dengan jumlah penduduk sekitar 350,000 orang tetapi ia mempunyai banyak tarikan yang menarik untuk pelancong. 

Bagi anda peminat filem, anda akan terpesona dengan keindahan lokasi penggambaran untuk “Star Wars: The Force Awakens” manakala peminat yang sukakan lasak akan suka dengan aktiviti mendaki glasier dan melihat keindahan gambaran cahaya utara yang dinamakan Aurora pada musim sejuk.

 

Aurora Iceland
Kenapa Iceland Menjadi Pilihan Pelancong Tahun 2016

 

Oleh kerana banyak permintaan terhadap pakej pelancongan di Iceland, banyak pilihan pakej travel di Iceland ditawarkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Antara yang lokasi menjadi pilihan ialah sekitar Reykjavik. Banyak juga pilihan Hotel yang dibuka untuk menampung permintaan pelancong dan ia semakin bertambah setiap bulan.

Kekerapan penerbangan ke Iceland juga semakin bertambah dan banyak syarikat penerbangan menawarkan destinasi ke Iceland kepada pelancong seluruh dunia.

Oleh kerana permintaan dalam bidang pelancongan semakin bertambah di Iceland, bilangan pelancong yang menginap di negara ini juga telah meningkat. Iceland menyaksikan peningkatan sebanyak 36% dari bulan Disember 2014 hingga Disember 2015 dan 89% daripada mereka yang bermalam ditempah oleh pelancong asing. Mungkin sebab inilah yang membawa kepada ledakan pertambahan hotel baru ini di Iceland.

 

Pilihan Pelancong Tahun 2016 Pilihan Pelancong Tahun 2016 iceland-pictures

 

Bukan setakat Aurora, sebenarnya banyak lagi lokasi yang boleh anda teroka di Iceland. Pemandangan landskap di Iceland juga tidak kurang hebat. Cari sahaja gambar menarik Iceland di internet, anda akan dapat melihat betapa Iceland kaya dengan keindahana alam semulajadi. Nampak memang menarik dan memang MrJocko sendiri teringin untuk ke Iceland. 

Semestinya banyak lagi yang MrJocko sendiri tidak tahu tentang Iceland. Mesti banyak lagi yang menarik di Iceland, kalau tidak, masakan Iceland Menjadi Pilihan Pelancong Tahun 2016.

Pilihan Pelancong Tahun 2016

Mungkin untuk pelancong dari Malaysia, tidak mudah untuk ke Iceland, tetapi mesti ada cara yang terbaik jika bercadang untuk melancong ke Iceland. Setakat ini, paling mudah nak ke Iceland dari Malaysia ialah menerusi penerbangan Qatar Airways dan Icelandair. Penerbangan ini mengambil masa sekitar 22 jam dan 2 transit sebelum sampai ke lapangan terbang Reykjavik Keflavik di Iceland.

So, untuk anda yang memang bercita-cita nak ke Iceland, apa kata rancang sebaiknya. Travel ke Iceland dan melihat pemandangan indah Aurora semestinya menjadi idaman ramai pengembara-pengembara. MrJocko, kalau peluang pun teringin untuk ke Iceland. 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.