Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pisang Goreng Cheese Sedap Dan Murah Di Kuala Lumpur

Pisang Goreng Cheese memang semakin popular di Kuala Lumpur dan ramai kaki makan yang mengakui bahawa pisang goreng yang ditambah dengan cheese ini memang sedap. Satu lagi inovasi dalam makanan tradisional Melayu. Ramai yang kini mencari mana lokasi pisang goreng yang disaluti cheese yang sedap di kawasan mereka.

Pertama kali MrJocko cuba Pisang Goreng ini di gerai depan Kuarters Hospital KL di Lorong Raja Muda Abdul Aziz. Ia terletak di satu lorong yang bersebelahan dengan Hospital Kuala Lumpur.

Baca : Pisang Goreng Gerai Kelate Kito

 


Pisang Goreng Cheese Sedap Dan Murah Di Kuala Lumpur

Pisang Goreng jenis salut Cheese di sini memang sedap dan murah di Kuala Lumpur. Kenapa MrJocko kata sedap, sebab walaupun Di tambah cheese dan coklat, pisang goreng ni masih rangup.

Pisang Goreng cheese ni juga berbaloi korang beli sebab dalam satu set, ada 10 keeping dan penuh dengan cheese yang memang sedap. Murah sebab cuma RM5 untuk satu set Pisang Goreng Cheese biasa. Manakala satu set Pisang Goreng ini cuma RM6 sahaja.

Sebelum ni pernah MrJocko dengan ada yang jual satu keping Pisang Goreng Keju ‘Cheese’ ini dengan harga RM1, mahal kan?

pisang goreng cheese
pisang goreng cheese
pisang goreng cheese

 

Jadi, kalau nak cuba makan Pisang Goreng salut Cheese sedap dan murah di ibu negara Malaysia ini, boleh cari di lokasi depan Kuarters Hospital KL. Ada beberapa kedai menjual Pisang Goreng Cheese kat sini dan anda boleh pilih mana satu yang korang mahu.

Nanti boleh cuba rasa resipi Pisang Goreng kat sini dan bandingkan dengan rasa pisang goreng cheese tempat lain yer…

Selamat mencuba pisang goreng cheese.

Facebook : www.facebook.com/GlamorousMrJocko
Twitter : @MrJocko
Instagram : @MrJocko

5 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.