Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

PJ Sunday Car Market Tempat Jual Beli Kereta Di Petaling Jaya

Nak share sikit tentang sesuatu yang unik di Petaling Jaya. Ini ialah cerita pasal PJ Sunday Car Market Tempat Jual Beli Kereta Di Petaling Jaya. Lokasi tempat jual beli kereta sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Tak jauh dari pusat bandar dan ia berada di tengah-tengah pusat tumpuan ramai.

PJ Sunday Car Market

PJ Sunday Car Market

Korang penah dengar Fish Market? Pernah dengar Car Boot Sale Market? Tapi, penah tak dengar Sunday Car Market? Ia terkenal dengan nama PJ Sunday Car Market terletak di Petaling Jaya.

Kalau korang nak tau, Sunday Car Market yg ada area KL ni, cuma kat Petaling Jaya, New Town. Dekat dengan Bangunan Perkeso, sekitar Pizza Hut area. Lagi senang nak citer, dekat dengan bangunan MBPJ.

Mengikut kata kawan-kawan aku, Sunday Car Market ni untuk tempat jual kereta-kereta second hand sajer. Asal dulu-dulu, orang perseorangan yang nak jual kereta atau van, mereka ke PJ New Town untuk iklankan sambil-sambil duduk minum teh tarik menunggu mereka2 yang berminat. Lama kelamaan, menjadi sebutan ramai, kerana selalu harga yang di tawarkan cukup murah berbanding Used Car.

Tetapi sekarang, jauh berbeza. Memang la kawasan PJ Sunday Car Market makin lama makin besar sehingga ke tepi jalan utama, tetapi hampir separuh dari penjual-penjual kereta di situ adalah dari Used Car Dealer. Ada juga Salesman kereta-kereta baru turut serta ambik kesempatan dengan crowd yang datang.

 

PJ Sunday Car Market Tempat Jual Beli Kereta

PJ Sunday Car
Kereta Terpakai di PJ Sunday Car Market

Kalau kebiasaan, kereta-kereta yang harga murah dan kebiasaan orang pakai akan berada di lorong tepi jalan di luar bangunan parking. Sekarang, kereta-kereta recond berjenama pulak mengambil tempat di bangunan Parking yang ada di situ. Dari segi harga, of course anda boleh tawar-menawar harga serendah mungkin. Jika di persetujui dengan harga yang di sebut, jual beli akan berlaku. Bagus kan? Boleh cari kereta-kereta second hand yang murah.

Cuma awas. Kena check betul2, mana tau kereta tu ada masalah atau kereta potong…??? nanti kita pulak dapat masalah… 🙂

Kalau nak cari kereta baru, boleh cari kereta murah terbaik dibawah harga RM100,000 di Malaysia http://www.mrjocko.com/2014/01/kereta-sedan-terbaik-bawah-harga-rm100000.html

5 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.